Pages

BaB 4 : Kata Tak Terungkap

AWAL-AWAL pagi lagi Aeryn dan Syahidah sudah keluar. Mereka ingin melepak bersama di Subang Parade. Rasanya sudah hampir sebulan mereka tidak keluar bersama. Mana tidaknya Syahidah asyik turun naik mahkamah aje. Aeryn pulak sibuk dengan sketching worknya untuk Summer Collection tahun ini. Rimas kepalanya apabila memikirkan design baju yang hendak dilakar. Silap haribulan Aeryn boleh masuk hospital sakit jiwa akibat tekanan kerja. ‘Ha.ha. Lawaknya’ Gumam Aeryn.
Seharian mereka berwindow shopping sekadar untuk mencuci mata sahaja. Ada sahaja penolakkan dari Syahidah jika Aeryn ingin membelanjanya sesuatu. Dia berpegang teguh dengan prinsip hidupnya ‘berdikari tanpa bantuan orang lain jika keadaan mengizinkannya untuk melakukan demikian.’ Panggilan Aeryn membuatkan Syahidah tersentap.
‘Sudah mengelamun jauh rupanya kawan aku sorang ni.’ Aeryn menggelengkan kepala. “Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” Syahidah masih dengan respon blurrnya itu. Masakan dia tahu apa yang Aeryn katakan tadi sedangkan dia mengelamun pasal prinsip hidup. Sungguh Aeryn geli hati melihat gelagat Syahidah.
“Aku tanya kau nak makan apa? Nak yang ringan atau yang berat?” Soal Aeryn.Syahidah berfikir sejenak. Lambat laun dia menuturkan jawapannya. “Aku teringin nak makan dekat Big Applelah. Dah lama aku tak makan donat dekat sana. Mengidam pulak aku jadinya.” Syahidah tersengih panjang.
“Kau kahwin pun belum ada hati nak mengidam konon. Yelah aku bawa kau pergi Big Apple kang tak pasal-pasal termimpi-mimpi sebab tak dapat makan.” Pantas Aeryn menarik lengan Syahidah dan melangkah ke Big Apple. Sungguh perutnya meragam dek kelaparan. Donat pun donatlah asalkan kenyang. Aeryn tersenyum gembira.
  Usai menjamah donat Pink Twister kegemaran Aeryn dan juga Toffee Latte,mereka meneruskan misi window shopping mereka. Teringatkan kata-kata Syahidah tadi “Kau ni tak habis-habis dengan Toffee kegemaran kau tu. Yang lain tak nak give a go ke?” Nak tergelak Aeryn bila mengingati ayat itu tadi.
Pada kesekian kalinya dia terlanggar seseorang. Aeryn mengangkat sedikit kepalanya. Terasa darahnya menyerbu ke muka. Seperti jantungnya terhenti berdegup. Muka Aeryn kelihatan pucat dan dia hampir-hampir rebah dan tersungkur ke arah Airil.
   “Awak okay?” Tanya Airil sepatah. Mukanya menunjukkan riak yang risau. “Saya okay. Saya pergi dulu and terima kasih sebab sambut saya dari jatuh tadi.”
  Aeryn terus melangkah laju meninggalkan Syahidah dan Airil dalam keadaaan yang sungguh tertanya-tanya. Cepat-cepat Syahidah berlari anak mengekori langkah Aeryn.
Syahidah menarik lengan Aeryn menandakan yang dia perlu berhenti berjalan. “Kau kenal ke orang tadi tu? Yang kau macam nampak hantu aje kenapa?” Soal Syahidah pelik. “Memang aku kenal sangat dia tapi dia tak kenal aku sekarang. Dialah orang yang aku cakapkan dulu tu si Airil. And aku malas nak cakap pasal semua ni aku tak ada mood nak cakap pasal dia.”
 Aeryn berlalu pergi. Syahidah berlari-lari ingin mengekori langkah Aeryn tetapi kakinya terlalu pendek bukan macam kaki Aeryn yang serba panjang itu. Sejurus selepas itu,telefon Blackberry Torch miliknya berdering. Dia mengerling sekilas nama pemanggil,Abang A’eim. Dia menekan punat hijau.
   Aeryn berdeham buat beberapa kali sebelum memulakan perbicaraan mereka. “Assalamualaikum abang. Kenapa telefon Aeryn ni? Ada kecemasan ke?” Tanya Aeryn cemas mungkin ada sesuatu yang buruk berlaku.
  “Oh,waalaikummussalam. Tak adalah berita penting mana pun. Kenapa bunyi macam risau aje? Risaukan abang ek! Sayang jugak Aeryn dekat abang. Ingatkan dah tak sayang dah.” Gurau Syed Adam Aiman.
     ‘Fuhh lega. Ingatkan nak cakap pasal apatah tadi.’ Aeryn menarik nafas lega. “Hotak ar. Aeryn tak sayang dekat abang pun. Perasan gila abang ni.” Aeryn sengaja ingin menyakat abang kesayangannya itu. “Okaylah abang letak dulu tapi abang nak cakap sesuatu. Tadi ada orang datang merisik.” Jawab Syed Adam Aiman girang.
  ‘Merisik siapa? Tak kan abang aku kut. Tapi bukan selalunya lelaki ke yang datang?’ Soal Aeryn pelik di dalam fikirannya. “Ada orang datang merisik Aerynlah. Aeryn nak tahu siapa? Si Airil kawan baik Aeryn dulu.” Syed Adam Aiman tersengih di hujung talian.
 Jatuh rahangnya disaat ini. “He what?” Soal Aeryn tidak puash hati. Masakan dia tidak terkejut sedangkan orang itu bersenang lenang. “Ryn,kau tutuplah mulut kau tu. Masuk lalat kang nanti.” Syahidah bersuara sejak sekian lama mendiamkan diri. Perbualan Aeryn dengan abangnya sudah Syahidah dengar sedari tadi cuma Aeryn tidak perasan.
 Bukanlah dia ingin mengambil tahu tentang orang lain tapi kalau sudah terdengar,tadah sahajalah telinga itu. “Alah kau ni pun. Bukan dia masuk meminang ke apa. Just datang merisik aje tanya itu dan ini pasal anak dara orang. Takkan itu pun tak boleh.”
‘Aeryn bertenang. Dia datang merisik aje kan? Bukan dia datang meminang.’ Dia memberi kata-kata semangat kepada dirinya sendiri. Aeryn juga berdoa pada Allah mengharapkan yang Airil bukanlah jodoh untuknya. Tapi siapa Aeryn untuk menolak qada’ dan qadar Allah? Dia buntu tika ini tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
“Aeryn, Aeryn wujud lagi ke tak ni? Apa pasal sunyi aje?” Kebiasaannya si Aeryn akan membebel kalau paling kurang pun bercakap kosong tapi sejak lima belas minit yang lalu mulut dia bagaikan dikunci.
    Berat hati Aeryn apabila memikirkan hal itu tadi. Dia memutuskan talian. Aeryn selalu macam itu jika dia terasa sakit hati atau bosan dia akan memutuskan talian dengan segera. Perangainya sejak azali lagi.



“BONDA kenapa tak masuk meminang aje terus Aeryn tu? Bukan bonda tidak kenal dia. Bonda dengan Aunty Sofea kan rapat.” Puan Sri Amylia Hanis memandang Airil pelik.
“Sejak bila pula kamu beria-ia nak kahwin ni? Ikut adat orang dulu-dululah. Kita kenalah tanya dulu dah berpunya ke belum. Tiba-tiba masuk meminang tup tup dah ada boyfriend ke dah ada tunang ke bukan bermasalah ke tu?” Soal Puan Sri Amylia Hanis pula kepada anak bongsunya itu.
“Eh, ya tak ya juga ek! Airil lupa pula. Dah lama pula tu Airil tak dengar khabar Aeryn mungkin dah berpunya ke apa.” Balas Airil dengan senyuman plastik yang dibuat-buat untuk menyedapkan hati bonda tersayangnya itu. Masakan dia tidak tahu bahawa Aeryn sedang mengelak dari bertembung dengannya.
   “Sebab kita sudah tahu dia tak punya siapa-siapa,apa kata minggu depan kita hantar rombongan meminang bang?” Tanya Puan Sri Amylia Hanis kepada suaminya. Tan Sri Tengku Sulaiman mengangguk tanda setuju dengan cadangan yang dikemukakan isteerinya itu.
Yieha. Yieha.” Jerit Airil gembira sambil mencium kedua-dua belah pipi bondanya. Dia melompat-lompat bagai monyet dekat zoo. Dia berlari masuk ke biliknya dengan hati yang berbunga-bunga.
‘Akhirnya Aeryn akan menjadi tunang aku tak lama lagi.’ Kata hati Airil. Dia bergolek-golek di atas katil memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini. Sungguh tiada sesiapa yang boleh menghilangkan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya itu. Airil mencapai Samsung Galaxy Note kesayangannya itu.
 Airil:  
    Assalamualaikum bakal abang ipar.
A’eim:
   Waalaikumussalam. Kau buang tebiat ke apa? Tunang dengan Aeryn pun belum dah nak panggil aku abang ipar bagai. :P
Airil: 
    Aku panggil kau BAKAL abang ipar ek. Perasan betul kawan aku ni. Hahaha.!
A’eim:
    Kau tu asyik asyik nak perli aku tak sudah-sudah.
Airil:
   Aku nak tanya kau satu hal. Apa reaksi Aeryn bila kau cakap yang keluarga aku datang merisik?
A’eim:
   Dia macam nak jatuh pengsanlah bro. Aku tak habis cakap terus dia matikan telefon. Dia tuh peliklah. Bukan dulu kau orang kemain ke rapatnya?
    Airil menelan liur yang terasa pahit. ‘Apa yang aku nak cakap denganA’eim ni.’ Dia menggaru kepala yang tidak gatal mencari-cari idea.
Airil:
     Entahlah. Kau tanya ajelah dekat dia. Aku dah lama lost contact baru sekarang dapat nombor dia. Manalah aku tahu wei.
A’eim:
    Malas aku nak campur urusan kau orang berdua. Aku nak pergi solat dulu ni. Sambunglah mesej-mesej ni nanti. Solat Isyak dah ke belum?
Airil:
  Oh, aku lupalah. Kejap lagi aku solatlah. Okay.
    Sesi bermesej-mesej dengan bakal abang ipar tamat setakat ini sahaja. Airil berjalan menuju ke bilik air yang terletak dalam biliknya untuk mengambil wuduk seraya Solat Isyak selepas itu.
  Usai mengerjakan Solat Isyak,Airil memanjatkan doa supaya Aeryn adalah jodoh yang telah ditulis oleh Allah untuknya. Jika jodohnya bersama Aeryn maka panjangkanlah jodoh mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Lembutkanlah hati si buah hati pengarang jantungnya itu supaya dapat menerima dirinya seadanya.
  Selepas mengaminkan doa,Airil mengambil senaskah al-Quran yang terletak di atas meja bersebelahan tikar sejadahnya. Dia membacakan satu dua mukasurat yang sudah menjadi kebiasaannya dari kecil lagi. Merdu sahaja alunan suara Airil membaca ayat-ayat suci itu. Tika ini hatinya terasa sungguh tenang.
   Pada masa yang sama pula Aeryn juga tengah membaca ayat suci al-Quran itu. Bak kata neneknya jika diri kita dilanda beribu masalah,al-Quran adalah penenang dan ubat untuk jiwa yang kusut masai.
   Sungguhlah Aeryn sakit otak memikirkan perihal Airil. Mummynya memberitahu tadi sebelum dia masuk ke dalam bilik bahawa dalam masa terdekat ini keluarga Airil hendak hantar rombongan meminang. Dia masih buntu dan tiada sesiapa yang dia boleh berkongsi cerita bersama.
  Hari yang sungguh pelik telah berlaku. Selepas puas tawaf satu bangunan Subang Parade,Aeryn menghantar Syahidah pulang. Dia menelefon mummynya dan berkata ingin bermalam di sana. Melihat akan keanehan itu,Syahidah tidak jadi bertanya maka dia tertanya-tanya pula apa yang telah sampuk fikiran Aeryn kala itu.
   Telefon Blackberry Torch dicapainya sebelum menekan skrin tersebut. Dia mendail nombor Syahidah.
 “Assalamualaikum. Ni aku ha. Pasal yang aku balik rumah mummy and daddy kau jangan marah ek! Maaf aku terus ubah plan tanpa bagitahu dekat kau.” Aeryn terasa bersalah.
  “Waalaikumussalam. Oh kau Ryn. Tak apalah. Aku dah lama lupakan pasal tadi. Tapi aku nak tanya kau kenapa kau lepas dapat panggilan dari abang kau,kau terus jadi pendiam?”
   “Er..itu sebab..sebab..alah kau pun tahukan. Plus plus lagi aku benci ni sebab tadi mummy baru cakap dengan aku yang Airil nak masuk meminang aku minggu depan.” Bilang Aeryn tergagap-gagap. Dia berasa sedikit lega kerana dapat berkongsi masalah dengan orang lain.
  “Dia apa?” Jika tengah hari tadi Aeryn yang menjerit terkejut,sekarang ini pula si Syahidah. Memang bingit telinga ini jika hendak mendengar jeritan ‘merdu’ si Syahidah,maka Aeryn pun menjauhkan telinganya dari telefon Blackberrynya sebelum dia menjadi pekak.
  “Aku peliklah pula. Apa pasal kau yang menjerit terkejut? Bukan aku ke yang sepatutnya terkejut dengan berita tu?” Soalan bodoh yang ditanya kepada Syahidah.
“Kau ni pun satu kalau nak tanya soalan yang bodoh tanya yang masuk akal sikitlah. Mestilah aku terkejut sebab aku baru sahaja dengar. Bukan macam kau dah entah berapa minit atau jam dah lepas.” Bebel Syahidah lagi. Terpaksalah Aeryn menadah telinga kerana dia yang mengada-ngada tanya soalan itu.
 “Kau dah habis membebel Ida? Kalau hari-hari macam nilah lepas kau kahwin memang habislah Zairi tu terpaksa tadah telinga dengar isterinya yang kecil molek ni membebel macam makcik-makcik tua.” Sakat Aeryn. Aeryn ketawa lepas. Surut sudah tsunami yang melanda fikirannya tadi. Semuanya terima kasih kepada Yang Atas dan juga Syahidah kerana hatinya sedikit terubat.
“Aku cakap yang betul itu aje. Kau jangan nak libatkan bakal hal rumah tangga aku ek! Biarlah aku nak membebel ke terpekik terlolong ke asalkan ada orang sayang aku walaupun macam mana aku selepas kahwin nanti.”
  “Yalah,yalah kau aje yang betul. Kau aje yang nak menang tak boleh kalah langsung.” Suara Aeryn kedengaran mengendur dan seakan-akan merajuk.
 “Yang kau ni pun emosional sangat ni kenapa? Kau tengah datang bulan ke?” ‘Kenapa jika seorang perempuan tengah haid akan dikaitkan dengan datang bulan? Apa persamaan haid dengan datang bulan.’ Perkara yang sedang bermain-main difikiran Aeryn kini.
 “Aku pun tak tahu kenapa orang suka kaitkan datang bulan dengan haid.” Balas Syahidah.
    “Gilalah kau. Kau boleh baca minda aku ke apa?” Aeryn menekup kepalanya walaupun Syahidah tidak nampak. Hampir tiga jam Aeryn berborak dengan Syahidah di telefon. Kejap-kejap tukar tangan dari kiri ke kanan,kanan ke kiri. Ala just borak-borak kosong aje.
  Kalau semua orang nak tahu Aeryn ini seorang yang kidal. Kekidalannya tidak diwarisi dari sesiapa pun. Mummynya dulu cakap bahawa dia banyak melakukan kerja melibatkan tangan kiri maka Aerynlah yang terikut-ikut.
 Bak kata Mr.Google atau lebih tepat menerusi laman sesawang yang dijumpai secara tak sengaja di Google orang kidal ini mempunyai kelebihnya yang tersendiri. Jika orang tangan kanan mereka akan menggunakan otak kiri yang lebih cenderung menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, logik, matematik dan sains. Manakala orang yang kidal yang menggunakan otak kanan seperti Aeryn dan juga tidak ketinggalan si pengarang novel ini,mereka akan lebih cenderung menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
  Sesungguhnya Aeryn mengharapkan jawapan dari Mr.Google tidak mengecewakannya. Tetapi dia juga terasa was-was kadang-kadang. Tidak semestinya fakta dari google benar tapi dia juga pernah mendengarnya dari orang-orang yang lain termasuklah kaum kerabatnya sendiri.
  Eh,orang kidal ni macam satu dalam sejuta tahu atau lebih tepat dalam berjuta-jutalah. Jangan pandang kami remeh okay. Kembali kepada cerita asal sebelum melencong entah ke mana-mana,Aeryn bergolek-golek di atas katil buat kesekian kalinya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut,degupan jantungnya semakin lemah akhirnya keadaan sekeliling menjadi hitam.
   Aeryn tersedar apabila terasa ada orang yang merenjis-renjis air di mukanya. Dia menoleh ke kiri dan mendapati Datin Sharifah Nur Sofea berada disampingnya. “Mummy,what happen tadi?” Soal Aeryn pelik. Lepas dia bergolek-golek atas katil tadi terus dia tidak ingat apa-apa.
You faint sayang. Aeryn tak sihat ke?” Datin Sharifah Nur Sofea meletakkan belakang tapak tangannya di atas dahi Aeryn. ‘Biasa aje suhu badan dia. Mungkin terkejut dengan berita tadi kut.’ Fikir Datin Sharifah Nur Sofea.
“Aeryn tak apa-apalah mi. Sekarang pukul berapa?”
   “Betul Aeryn tak apa-apa? Nak mummy bawak jumpa doktor? Sekarang baru pukul sebelas malam. Aeryn tidurlah sayang. Esok Aeryn cakap Aeryn nak jenguk-jenguk butik kan. Selamat malam sayang. Assalamualaikum Aeryn.” Datin Sharifah Nur Sofea kemudian mencium dahi anak kesayangannya itu penuh kasih.
 “Aeryn pun sayang mummy jugak. Night mummy. Waalaikumussalam. Love you.” Aeryn menarik comforter paras dada dan memenjamkan mata. “Mummy loves you too sweety.” Ucap Datin Sharifah Nur Sofea perlahan sebelum melangkah keluar dari bilik Aeryn.



SEMINGGU berselang. Sekarang Aeryn sudah sah menjadi tunangan Airil. Apa yang telah berlaku semalam bagaikan mimpi ngeri buatnya. Semalam Airil terkejut besar apabila dia mendapat tahu bahawa perempuan yang dia pernah terlanggar secara tak sengaja itu merupakan tunangnya,Aeryn. Betapa dia rasa bahawa Aeryn sememangnya jodoh yang tertulis untuknya. Dia bersyukur kepada Ilahi.
 Aeryn seakan-akan masih trauma dengan apa yang telah berlaku semalam. Sejak pagi tadi dia berkurung di dalam bilik. Jika Syahidah memanggilnya untuk makan dia buat-buat tak endah.
  Dia ingin menangis sepuas-puasnya. Aeryn menangis teresak-esak di antara dua bantal yang menutup kepalanya. Syahidah mengetuk pintu biliknya. Sekali. Dua kali tetapi tiada jawapan.
Syahidah melangkah masuk dengan membawa semangkuk bubur ayam kicap kegemarannya dan juga segelas jus oren. “Ryn bangun sayang. Aku bawakan kau bubur kegemaran kau.” Tiada jawapan dari Aeryn.
  “Kau janganlah buat aku macam ini Aeryn. Nanti kau sakit siapa yang susah? Dah-dah jangan buat perangai budak-budak dan bangun duduk.” Syahidah meminta tetapi Aeryn tetap kaku disebalik bantal-bantal itu.
 “Aku tak nak makanlah Ida. Aku tidak lapar. Kau tolong tinggalkan aku sorang-sorang please!” Rayu Aeryn dalam nada yang lemah.
  “No. No. I won’t let you do this. Aeryn bangun cepat atau kau nak aku tarik kau untuk duduk?” Fine kalau tak nak bangun sudah. Syahidah menarik lengan Aeryn untuk duduk.
 “Puas hati kau suruh aku duduk? Aku cakap aku tak nak makanlah. Aku hilang seleralah sejak semalam lagi.” Bentak Aeryn.
 “Makan bubur ni nanti sejuk. Kalau kau tak nak makan aku call tunang kau nanti. Cepat makan.” Ugut Syahidah sambil menyuakan mangkuk berisi bubur itu. Aeryn tidak dapat melawan lagi sebab dia tidak ingin berjumpa dengan ‘tunang’nya itu. Benci sungguh.
“Bubur ni aku dah makan habis. Puas hati kau paksa-paksa orang?” Aeryn baring semula di atas katil dan menarik selimut sampai ke paras muka. Geram sungguh dia dengan Syahidah hari ini kerana suka sangat paksa orang buat itu dan ini.
  “Kau janganlah marah aku. Mummy yang suruh aku jaga kau. Aku cuma menjalankan tugas aku aje. Kau ni pun sampai bila kau nak mogok tak nak makan? Nanti kau....Tak apalah.” Syahidah tidak jadi meneruskan ayatnya yang tergendala. Dia terdengar dengkuran halus dari balik selimut.
 ‘Ah,pasti Aeryn sudah tidur agaknya. Biarlah,dia mesti penat.’ Syahidah bangun lalu meninggalkan Aeryn di atas katil.

**P/S: Lilac tahu tadi aru aje post bab 3 taksempat habis bab 4 dah datang.Di angkara orang yang bernama Ahmd *bukan nama penuh.Hahaha biasanya bukan nama sebenar tapi ni bukan nama penuh.K taklawwak pun.Dia tuh dah macam editor kejar penulis tanya bila nak siap ni.Dia cakap dia baca bila dah sampai bab 10.Kejam kan!Huh sungguh kejam Macam AZAZ a.k.a Mad Sapi.
*Bab 4 Lilac kurang menarik dari Bab 2 seperti apa yang Lilac cakap tadi di Bab 3.Ahmd kejam paksa orang.Ahaha tapi sebenarnya kalau dia tak paksa nak post entri kan rasa malas aje.
Assalamualaikum.
Love, Lilac Nisse. <3





BaB 3 : Kata Tak Terungkap

“AIRIL,mari sini sekejap. Mak Timah nak cakap.” Mak Timah,pembantu rumah keluarga Tengku Muhammad Ashraf Khairil memanggil Airil. “Ya, Mak ada apa? Cepat sikit Airil nak jumpa kawan takut terlambat pulak.” Balas Airil. Kakinya laju menghayun ke arah dapur.
  “Ni hah bonda kamu pesan,jangan lupa cari isteri cepat-cepat. Agaknya bonda kamu tu dah tak sabar nak ada menantu lagi selain Kak Yana kamu tu. Kakak kamu tu pun tak tahu bila nak kahwin. Dah dipaksa tak nak dengar.” Panjang lebar Mak Timah bercakap.
Eish Mak ni,apa ni sampai masuk bab-bab kahwin ni. Airil tak ada calon lagilah. Tapi Mak cakap dengan bonda don’t worry ni Airillah lambat laun mesti jodoh Airil sampai.” Airil tersengih-sengih. Mak Timah memukul lembut lengan Airil.
    “Kamu tu cakap aje senang. Dah berapa lama tempoh bonda kamu bagi? Kamu pun bodek-bodeklah kakak kamu tu. Tak akan dia nak membujang sampai tua kut?” Sambung Mak Timah lagi.
‘Dah mula tu nak membebel ni. Aku kena boloskan diri kalau tak, naya si A’eim tu kerjakan aku.’ Gumam Airil.
  “Okay okay Mak. Nanti Airil carilah isteri dekat pasar malam jual dua seringgit punya. Airil nak pergi ni. Assalamualaikum Mak.” Sakat Airil untuk memberhentikan bebelan Mak Timah. Kalau berpanjangan dah macam torpedo terlepas sasaran, laju sangat.
  “Budak ni,ada ke patut nak cari isteri dekat pasar malam. Yelah kamu pergilah tapi jangan balik lambat sangat. Bonda kamu tu kalau kamu balik lambat tahulah habuannya nanti. Waalaikumussalam.” Balas Mak Timah balik.
   Airil menyalami tangan Mak Timah dan terus menuju ke garaj kereta. Kereta BMW 5 Series hitam terletak rapi di dalam garaj. Mana taknya semalam dia baru pulang dari London selepas 5 tahun pengajiannya di sana. Baru lepas habis ambil master dalam bidang perniagaan. Ikut jejak ayahnya katakan.
Kereta BMW 5 Series milik Airil kelihatan sedang memecut laju di atas jalan. Dia membawa kereta selaju yang boleh kerana dia sudah terlambat. Dia ingin berjumpa dengan Syed Adam Aiman,abang kepada Aeryn. Dia dengan Syed Adam Aiman bagai adik dan abang. Mereka terlalu rapat sejak Aeryn dan Airil berumur 7 tahun lagi kerana ibu bapa mereka,Dato’ Syed Razak dan Datin Sharifah Nur Sofea serta Tan Sri Tengku Sulaiman dan Puan Sri Amylia Hanis adalah kawan karib.
   Airil sampai di Midvalley lima minit lambat. Dia mermakirkan keretanya dan bergegas ke tempat ‘hangout’ mereka. Setibanya di sana dia menarik lafas lega. Syed Adam Aiman tersengih melihat Airil.
      “Assalamualaikum. Wei, awal kau sampai.” Kata Syed Adam Aiman dengan senyum yang lebar sementara jari telunjuknya menunjuk jarum jam Marc Eckonya.
Waalaikumussalam.Sorrylah bro.Mak Timahlah ni membebel lama sangat. Kau tu pun janganlah tunjuk-tunjuk jam mahal kau tu. Perli nampak. Aku tak suka pakai jamlah wei. So apa cerita sekarang.” Airil menepuk bahu Syed Adam Aiman sambil tersenyum. Senyumannya boleh membuatkan semua perempuan cair kecuali seseorang iaitu Aeryn. Senyumannya bertukar menjadi keluhan.
     “Kau masih suka dekat adik aku ke,Airil? Kalau kau memang suka masuklah meminang. Aku rasa dia memang tak ada calon lain lagi. Mak kau dengan mak aku sama aje suruh orang kahwin cepat. At least kau dah ada kakak ipar. Aku ni pun tengah frust menonggeng ni.” Syed Adam Aiman memberi opinionnya.
“Aku pun tak tahulah A’eim. Kalau aku masuk meminang mesti dia orang pertama menolak. Aku pening,pening ni fikir pasal dia. Kenapa dia tak boleh terima aku A’eim?”
  “Yang kau tanya aku tu kenapa? Manalah aku nak tahu hati dan perasaan Aeryn sebab dia tak akan bagitahu dekat sesiapa pun.”
    “Kalau macam nilah boleh naik gila aku tahu tak?”
 “Chilllah wei Airil. Dia bukan lari ke mana pun. Kau jangan risau minggu depan hantar rombongan meminang,lepas tu bertunang dan nikah terus. Habis cerita punya. Brilliant tak idea aku ni?”Syed Adam Aiman bermain-main dengan keningnya.
    “Bolehlah tahan idea kau tu. Kalau dia tolak mentah-mentah macam mana pulak?”Airil bingung hendak buat macam mana.
    “Alah,kau cuba ajelah dulu. Belum cuba belum tahu,kan! Kalau tak cuba menyesal kemudian tak sudah.” Syed Adam Aiman memberi semangat kepada Airil yang hampir putus asa.
 ‘Aeryn ni pun satu. Kesian aku tengok Airil bertepuk sebelah tangan. Bukan dulu kemain rapat lagi tapi sekarang dah macam tunggul dengan pokok. Diam aje. Dingin aje.’ Syed Adam Aiman mengeluh. Dia pun dah separuh bingung sama macam Airil. Hati Aeryn terlalu keras untuk Airil cairkan. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi.



AWAL kamu sampai pejabat. Ingatkan dah tak nak datang mungkin nak rehat ke apa. Baru sehari rehat dah baik ke Ril?” Tanya Tengku Muhammad Harith Khalis,abang kepada Airil.
 “Takkan abang nak suruh Airil terperap dekat rumah lama-lama? Boleh naik rimas asyik dengar satu ayat ni ‘Airil bila kamu nak kahwin’. Tak bosan ke dia orang asyik tanya soalan sama?” Jawab Airil dengan senyuman yang dibuat-buat. Harith Khalis tergelak besar.
 “Abang tengok semalam macam tak rehat aje. Bukan semalam Airil keluar dengan si A’eim ke. Itu yang dikatakan rehat? Baguslah tu,asyik tahu nak merungut aje. Kalau dah tahu bonda akan membebel ajaklah bonda masuk meminang si Aeryn tu habis cerita.” Harith Khalis berkata dengan lancarnya. Dia tersengih-sengih hingga menampakkan barisan giginya yang putih.
“Ni yang malas ni kalau cakap dengan abang. Dah terang-terang Aeryn tak suka Airil lagi nak paksa orang. Airil minta nombor telefon dekat Facebook pun dia buat tak layan aje. Sempat lagi nak block account Facebook orang. Habis nak berhubung macam mana?” Marah Airil.
    “Eh,relakslah. Kau ni pun satu. Pergi kawan dengan abang dia takkan tak tanya si A’eim tu langsung?” Harith Khalis scuba menenagkan hati Airil. Dia menepuk dahi. ‘Macam manalah aku boleh lupa nak tanya si A’eim semalam. Bodohnya aku.’ Airil mengutuk dirinya sendiri.
“Tulah dia ni. Malas nak tanya tersesat jalan. Padan muka. Terang benderang dekat depan tu tapi nak jugak ikut jalan gelap. Dah pergi tanya A’eim cepat sebelum terlambat.” Harith Khalis menggelengkan kepalanya beberapa kali. ‘Teruk punya adik. Ikut jejak siapalah dia ni tapi yang pasti bukan jejak bonda dan papa.’ Gumam Harith Khalis.
  Telefon Samsung Galaxy Note dikeluarkan dari kocek seluar slacknya.

    Airil:
       Assalamualaikum,A’eim. Wei aku nak nombor telefon Aeryn boleh.
  A’eim:
      Waalaikumussalam. Sorrylah bro adik aku tak bagi.
   Airil:
      Please.!
 A’eim:
   Aeryn ada sebelah aku sekarang dia tahu aku tengah SMS dengan kau. Dia duduk sebelah aku supaya nombor telefon dia tak terlepas.
Airil:
      Kalau macam tu aku mesej kau balik malam ni.
Ai’eim:
    Aku tak janji aku boleh bagi nombor dia tau.
Airil:
    Ha,yelah. Apa-apa hal kau SMS aku aje tau. Bye.
A’eim:
Yela yelah. Tengoklah macam mana dulu. Okay bye.
     Airil mengeluh. ‘Kenapa susah sangat nak dapatkan nombor telefon Aeryn?’
Pada malamnya.
Selepas habis makan malam,Airil meminta diri untuk masuk ke bilik. Dia berjalan menuju ke workstationnya yang terletak berhampiran dengan rak buku di sudut bilik. Airil menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan meja tersebut.
  Dia tengah memikirkan cara-cara untuk mendapatkan hati Aeryn balik. Sedang dia mengelamun,kedengaran ada satu mesej masuk. Dia terus mencapai Galaxy Notenya dan membuka mesej tersebut.
A’eim:
Oh yeah Airil,Sekarang aku ada dalam bilik sendirian. So here’s her number. ~0193034410~
Airil:
 Thanks a lot bro. Esok aku belanja kau makan. Choose kau nak dekat mana?
 A’eim:
   Aku tak kisah dekat mana-mana pun boleh. Asalkan kau yang belanja. J
Airil:
Esok jumpa aku dekat Sunway Pyramid aku belanja kau makan makanan Korea.
A’eim: 
  Yes,akhirnya kau sudi jugak belanja aku makan makanan Korea. Dah lama aku tak makan Kimchi tahu tak.
Airil:
 Okaylah.Aku nak try call Aeryn. Kau jangan bagitahu dia apa-apa pasal ni.
Airil menelan air liur yang terasa pahit di tekaknya. Dia mendail nombor yang diberikan tadi. Tutt..tutt.. Talian disambungkan. “Helo,Assalamualaikum.Ni siapa?” Tanya Aeryn.
“Oh,Waalaikumussalam. Ini Airil. Ni siapa yang bercakap? Boleh saya tahu?”
“Saya Aeryn. Ni Airil yang mana satu ek?”
   “Awak ingat tak lelaki yang langgar awak dekat airport tu?Yang bernama Tengku Muhammad Ashraf Khairil. Awak pasti akan ingat saya Aeryn.”
Aeryn terkedu. “A...awak na..nak apa?” Balas Aeryn tersekat-sekat. Dia sedang menggigil sekarang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya dia disaat ini.    
   “Kenapa susah sangat awak nak bagi nombor telefon awak dekat saya?” Tanya Airil dengan suara yang sedikit meninggi. Aeryn terkejut dengan intonasi yang dilemparkan Airil sebentar tadi. Selama ini Airil tidak pernah meninggikan suara. Selalu yang memulakan pergaduhan mulut adalah Aeryn. Airil selalu cuba untuk memujuk dia setiap kali Aeryn tidak puas hati. Buat pertama kalinya dalam sejarah,Aeryn mendengar Airil meninggikan suaranya terhadap Aeryn.
     “Awak tak pernah tinggikan suara awak dekat saya selama ni. I think you’ve changed 360˚ around.” Dia terasa sebak ingin sahaja dia memutuskan talian tetapi dia kesiankan Airil yang selalu dia ketepikan.
 “Saya minta maaf banyak-banyak Ryn. Saya tak ada niat untuk meninggikan suara saya dekat awak. Awak maafkan saya ya?” Suara Airil seakan-akan merayu.
“Saya maafkan awak. Tapi macam mana awak dapat nombor telefon saya? Kenapa awak nak hubungi saya?” Soal Aeryn ingin tahu.
    “Hurmm.. Itu kalau saya bagitahu awak jangan marahkan orang yang bagitahu tau.”
“Yalah. Bagitahu cepat sebelum saya putuskan talian telefon ni.” Ugut Aeryn.
     “Abang awak yang bagi nombor awak dekat saya.” Airil berkata dalam nada yang perlahan.
   “He what!” Jeritan Aeryn sampai ke corong telinga Airil. Dia menjauhkan telefonnya sebelum dia menjadi pekak gara-gara jeritan Aeryn.
      “Bertenanglah Ryn. Bukan saya nak buat apa-apa pun. Dan saya minta maaf sebab ambil nombor telefon awak tanpa pengetahuan awak. Dah awak yang tak nak bagi nombor awak pada saya dalam Facebook. Sempat lagi nak block account orang.”
Aeryn tersengih malu. ‘Ingatkan pakcik ni tak perasan. Rupanya perasan juga yang aku block dia.’
“Awak nak apa call saya malam-malam? Saya sibuk esok saya kena buat sikit paperwork pasal fesyen. Kalau awak tak ada benda yang penting nak cakap saya off dulu. Okay bye.
    “Kejap,kejap Aeryn. Jangan putuskan talian dulu. Saya nak tanya awak sikit boleh? Kenapa awak macam nak jauhkan diri daripada saya?” Aeryn bungkam dengan pertanyaan tersebut. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Talian dibiarkan sepi. Aeryn terus memutuskan talian. Telefon Blackberry Torchnya dimatikan dan dibalingkan ke atas katil.
   Dia bergerak ke arah suis utama bilik tersebut dan menutup suis lampu. Aeryn menarik selimut sampai ke paras dada. Dia membaca Surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan diakhiri dengan Surah An-Nas beserta doa. Tidurnya lena diulit mimpi yang indah.

**P/S: This is entri Lilac yang ketiga.But I think mesti awak semua rasa macam tuh je?Sorry Lilac takberkesempatan nak buatlah update entri segala.Busy dengan urusan sekolah.Kene study pastuh sibuk dengan hal pengawas lagi.I'm so sorry for the late entri kay.Semoga you all terhibur.
 *Maafkan Lilac sebab entri kali ini tak seberapa seperti bab ke-2.Bab 1 dan 3 sampailah kehujungnya InsyaAllah tiada bantuan dari orang lain that's why entri ni seems dull aje.Sorry banyak-banyak kay...Mianhae.Jwesunghaeyo.*
Assalamualaikum.
Love, Lilac Nisse. <3

Saya penulis

Assalamualaikum pembaca.Saya rasa saya tidak punya pembaca lagi.Hahaha *gelakmanis*.Siapa saya? Itu yang saya nak bagi tahu awak semua. 
   Sayalah Lilac Nisse .Seorang penulis yang baru dan masih fresh dibidang ini.Saya dapat banyak pertolongan daripada penulis-penulis novel yang lain.Ada yang dari Malaysia dan juga Singapore.Negara macam adik beradik ni.Lilac Nisse hanyalah nama pena saya.Nama sebenar saya tidak perlulah awak semua tahu.Saya lebih selesa dengan gelaran Lilac Nisse.Awak semua boleh panggil saya Lilac ataupun Nisse.Mana-mana yang awak semua suka terpulang saya tak halang.Nama Lilac Nisse ini tercipta apabila saya tengok nama pena penulis.Nisse tercipta kerana nama akhir saya iaitu nis.Nak lagi sedap saya buat Niss tapi kurang menarik maka tertambahlah E dalam Nisse.Saya bukanlah seorang yang bijak mahupun bodoh.Saya seorang yang kuat berangan.Sebelum saya menulis novel Kata Tak Terungkap saya dah terbayang-bayang kalau saya jadi seorang penulis yang sebenar.Siap kira komisyen yang dapat lagi.Saya bercadang untuk hantar karya saya di Jemari Seni sekiranya ia siap.Sekarang saya masih dalam proses menulis Bab 5.Hari ini saya tunjuk Bab 1 dan 2.Hari yang akan datang InsyaAllah saya masukkan Bab 3 dan 4.Saya hanya menyelit seketika untuk post ini yang satu.Jika saya lambat post untuk novel saya minta maaf mungkin saya sibuk atau saya belum siapkan bab tersebut.Saya seorang pelajar Tingkatan 2.Di sekolah mana?Tidak perlu tahu.Saya bukan seorang yang femes seperti Dato' Siti Nurhaliza.Saya hanya seorang makhluk Allah dimuka bumi ini.Saya hanya terkenal dengan sikap panas baran saya tetapi sekarang sikap itu semakin berkurangan.Tetapi saya ada juga kelemahan saya seorang yang cengeng.Saya kuat menangis hanya perkara yang sekecik zarah boleh membuatkan air mata saya keluar.
   Saya seorang kaki novel.Maksud saya peminat novel.Sekarang novel koleksi saya ada 15 buah.Saya cuba untuk meng-collect novel dari Jemari Seni.Novel karya Hlovate hanya tinggal 2/3 buah sahaja.Saya juga minat novel dari publisher yang lain etc. KakiNovel,KaryaSeni dan SR Publication.Buku yang telah berjaya menitiskan airmata saya yang mahal ini adalah novel =Andai Itu Takdirnya,Ros Biru Untuk Dia dan juga novel Tak Mungkin Kuhindar.Mungkin awak semua pernah dengar novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah.Saya baca novel tuh tapi bukan saya punya.Itu adalah hak milik adik saya.Ros Biru Untuk Dia karya Ijazati Habib.Seorang yang masih baru dalam bidang penulisan tapi berjaya membuatkan airmata saya gugur.Tak Mungkin Kuhindar karya Ana Sofiya.Saya tidak tahu tentang penulis ini harap maaf.Saya baca melalui blog dan sedang mencari novel ini dipasaran.Novel yang saya baca online tetapi dapat membuat airmata saya begitu senang gugur.
  Haha...Air mata saya begitu murah jika baca ketiga-tiga novel tersebut.Andai Itu Takdirnya telahpun saya khatam sebanyak tiga kali.Eh,eh sama macam saya khatam al-Quranlah.Oppss.saya bukannya mahu riak ataupun takbur atau menunjuk-nunnjuk tetapi saya hanya memberitahu.Walaupun saya sudah khatam al-Quran tiga kali tetapi saya masih tidak fasih membaca.Saya tidak pandai bertaranum.Maka janganlah awak semua kutuk saya.Saya boleh makan hati tahu tak.Sedih saya.
Saya rasa sudah banyak saya berceloteh.Maka saya ingin undurkan diri terlebih dahulu.
Harap awak semua baca e-novel saya dari Bab 1 hinggalah seterusnya InsyaAllah.Kalau terlambat post awak semua tahu kan!Alhamdulillah saya dapat menyiapkan 4 bab dan sedang menulis bab 5.Doakan saya berjaya dibidang penulisan ini dan juga dalam pelajaran di sekolah PMR tahun hadapan dan juga SPM pada tahu 2015 InsyaAllah jika saya masih berpeluang untuk hidup.Aminn.

Assalamualaikum.
Love,Lilac Nisse. <3

BaB 2 : Kata Tak Terungkap

PEMANDU teksi itu menggoncangkan bahu Aeryn sedikit. Aeryn tersentak. Dia kembali ke alam realiti. "Miss,you have arrived to The Arch of Triumph. You need to pay 6 euro." 
      Aeryn mengeluarkan duit sebanyak yang dikehendaku lantas memberinya kepada pemandu teksi tersebut. Dia keluar dari teksi itu dengan membawa beg tangan,beg sandang komputer ribanya serta beg hitam bersaiz sederhananya.
  Dia terus menuju ke satu bangku yang berdekatan dengan The Arch of Triumph itu. Dia mengeluarkan buku catatan kecilnya dan juga sketchbook kesayangannya. Dia meraba isi beg tersebut tetapi dia tidak menjumpai sebatang pen mahupun pensil.
 Tiba-tiba datang seorang pemuda yang barangkali penduduk tetap di sini. Dia terus duduk bersebelahan dengan Aeryn.
  “Que je peux emprunter d'un stylo un moment?” Aeryn bertanyakan kepada lelaki itu sama ada dia mempunyai pen atau tidak.
Lelaki itu menjawab “Oui, prenez ce stylo.
Aeryn mengambil sebatang pen dari lelaki tersebut. Dia mencatat maklumat penting di dalam buku nota kecilnya itu. Kemudiannya mengeluarkan buku sketch dan mula melakar sesuatu.
  “Come ici pour obtenir quoi?” Lelaki tadi bertanyakan Aeryn sopan mengapa dia berada di bumi Paris ini.
    “La recherche d'idées.” Aeryn menerangkan bahawa dia datang ke Paris untuk mencari idea. Pemuda itu menarik segaris senyuman ikhlas.
Idées pour quoi faire?” Lelaki itu bertanyakan Aeryn penuh minat setelah terlihat Aeryn melakar sesuatu di atas sketchbooknya. Kemungkinan lelaki itu sekadar ingin mengambil tahu apa yang dia buat kerana sejak dari tadi tangan Aeryn tidak berhenti menarikan pena di atas kertas. Pula tu pen itu kepunyaannya.
  “Je dessine des vêtements. Je cherche idées pour dessiner des vêtements.” Aeryn tersenyum manis sambil menunjukkan lakaran rekaannya yang baru siap kepada lelaki itu dan menerangkan sedikit mengenai kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen.
 Sedang asyik berbual,akhirnya lelaki itu meminta diri. “Très bien. Je dois aller. Au revoir!” Aeryn memulangkan pen lelaki itu sambil mengucapkan selamat tinggal kembali. “Au revoir!
  Aeryn melambaikan tangan kepada lelaki itu sementara lelaki itu berjalan pergi. Walaupun dia tidak tahu nama pemuda tersebut tapi dia mengagak yang lelaki itu baik.
  

   SUDAH seminggu Aeryn berada di Paris dan dateline untuk kertas kerjanya adalah pada hari esok. Hari ini dia akan pulang ke tanah air. ‘Cewahh dah macam orang baru balik dari studies dekat luar negara aje ayat tadi.’ Segala benda yang ada kena mengena dengan paperwork, dia telah siapkan semasa dia berada di Paris. Lega sungguh hatinya kala ini. Dia tersenyum.
    Aeryn tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah hari. Ibu bapanya iaitu Dato’ Syed Razak serta Datin Sharifah Nur Sofea sudah menunggu akan kehadirannya. Tidak ketinggalan juga abangnya,Syed Adam Aiman,Syahidah serta Khuzairi.
    Aeryn menolak troli yang meletakkan bagasi miliknya di atas. Sedang dia bergegas ke arah keluarga dan kawan,rupa-rupanya dia telah terlanggar seseorang. Aeryn serba salah dan terus meminta maaf kepada pemuda tersebut.
   ‘Seorang pemuda yang berwajah tampan. Badannya tegap,mukanya putih bersih,tiada satu jerawat pun yang berada di wajahnya. Matanya yang bundar dan anak matanya berwarna hazel brown menampakkan lagi kecomelan pemuda itu. Bibirnya yang merah tanda dia tidak merokok. Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang cukup sempurna bagi seorang wanita walaupun tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini melainkan Allah. Akan tetapi rupa pemuda itu seakan pernah dilihat sebelum ini cuma Aeryn tidak pasti di mana dan siapakah gerangan lelaki di hadapannya kini.’ Aeryn bermonolog di dalam hati.
       Pemuda itu tersenyum melihat gelagat Aeryn yang mungkin sedang merenung lelaki itu. Aeryn tertunduk malu.
   “Hi,saya Tengku Muhammad Ashraf Khairil. And you are?” Suara garau Airil berkata tetapi tetap merdu dan mampu mencairkan hati mana-mana perempuan.
  Jantung Aeryn bagaikan tersentap keluar dari jasad. Kalau jantungnya ada kaki,sudah lama jantungnya melarikan diri. Aeryn menoleh ke arah lain. Empangan air matanya sudah pecah. Dia mengambil trolinya dan berlari jauh,jauh meninggalkan Airil keseorangan dalam keadaan yang masih terpinga-pinga.
    ‘Kenapa dia tak nak kenalkan nama dia pulak? Tiba-tiba aje lepas sebut nama aku terus lari. Apa dia ingat nama aku ni bahaya ke?’ Airil berdialog dalam hati. Hati dia sedikit terusik melihat gelagat Aeryn. Walaupun dia tidak tahu yang itu adalah Aeryn gadis pujaan hatinya yang telah bertakhta di dalam hati sejak di bangku sekolah lagi.
   Syahidah yang ternampak akan ‘kejadian’ yang tidak disangka itu terus berjalan menuju kearah Aeryn. “Wei,Ryn kau kenapa ni? Macam kena kejar dengan hantu aje aku tengok. Sampai tak cukup anggota badan nak lari.” Terkekek-kekek Syahidah melepaskan tawanya.
  Aeryn menunjuk buku limanya tanda penumbuk. ‘Sempat lagi nak ketawakan aku. Dahlah aku terjumpa si Airil tadi. Aku tak sanggup nak jumpa dengan Airil selepas kejadian yang berlaku 8 tahun lepas. Terlampau banyak yang aku telah ceritakan dekat kau pasal Airil tapi aku tak boleh bagitahu perkara tadi.’ Aeryn menyatakan hasratnya kepada Syahidah tapi ia bagai tidak boleh keluar dari kerongkongnya.
    Aeryn mengeluh. “Aku tak apa-apalah. Yang kau ni pun satu asyik nak mengusik aku ni kenapa?” Aeryn sudah terbiasa dengan perangai kawan kesayangannya yang seorang ni.
     “Aku suka tengok muka kau blushing-blushing bila aku usik. Lawak sangat.”Syahidah masih ketawa. Aeryn menggelengkan kepala. ‘Apalah yang nak jadi dengan kau Ida? Bila dah kahwin mesti si Zairi tu asyik gelak aje tengok perangai kau.’ Aeryn akhirnya tersenyum.
  “Ida! Mummy and daddy aku mana?” Aeryn bertanya dengan intonasi yang agak teruja ingin tahu.
   “Aku lupa pula nak cakap. Cuba kau tengok dekat situ Ryn. Dia orang tengah tunggu kau. Aku lupa nak cakap sebab excited sangat nak jumpa kau.Hehe..Sorry.”Syahidah tersengih-sengih seperti kerang busuk lagaknnya.
Ish,kau ni pun satulah Ida kenapa tak cakap awal-awal? Aku ingat mummy and daddy tak datang tengok anak kesayangan diaorang ni.” Aeryn ketawa terbahak-bahak apabila melihat Syahidah membuat muka blurrnya.
   Aeryn berlari menuju ke arah Dato’ Syed Razak serta Datin Sharifah Nur Sofea. Dia terus mendakap tubuh Datin Sharifah Nur Sofea erat-erat. “Mummy! I missed you so much.” Aeryn menjerit kecil. Hampir pecah telinga mummynya itu bila Aeryn menjerit.
     “Aeryn sayang,jangan jerit boleh? Aeryn nampak so unmatured aje bila menjerit macam tadi. Nampak macam budak tadika kan bang!” Dato’ Syed Razak mengangguk sambil tersenyum. Aeryn mencebik.
“Hoi,budak kecik! Abang dia langsung tak nak pandang ke? Muka punyalah hensem tapi adik sendiri tak nak tengok.” Syed Adam Aiman menggosok kepala Aeryn.
    “Hoi,hoi! Apa pegang-pegang kepala orang ni? Tengok dah rosak rambut adik. Mummy tengok Abang A’eim ni. Rambut dah serabai macam ni semua salah Abang A’eimlah.” Aeryn menarik tangan Syed Adam Aiman ketepi. Dia membetulkan rambutnya yang rosak tadi. Aeryn memuncungkan bibir.
“Eleh,rambut macam orang utan tak padan dengan muka. Main salah-salahkan orang pulak. Dah nama pun adik sendiri tak kan tak boleh nak gurau sikit kut. Meh sini!” Syed Adam Aiman berkata dalam nada bergurau. Dia menarik kepala Aeryn lalu membetulkan rambut adik kesayangannya.
   “Eh,eh! Pegang-pegang lagi dia ni. Nak gurau jangan sentuh rambut oranglah. Tahulah rambut dia pacak macam tiang elektrik. Muka punyalah smart. Tinggi pulak tuh. Abang siapa lah ni kan mummy.” Aeryn berkata. Dia menepis tangan Syed Adam Aiman. Semua yang berada di situ ketawa hampir nak pecah perut dibuatnya.
 “Abang Aerynlah. Tapi Abang A’eim anak mummy dengan daddy. Dah-dah kalau asyik bergurau dekat sini sampai malam tak habis. Jom sayangs semua ikut mummy balik rumah. Kita lunch dekat rumah. Aeryn belum makan lagikan?” Datin Sharifah Nur Sofea berkata.
   “A’ahlah. Baru ingat tadi dalam plane dia bagi breakfast  aje. Perut Aeryn dah dendangkan lagu rock kapak ni.J om kita balik.” Dato’ Syed Razak dan Syed Adam Aiman menggeleng kepala menglihat gelagat ‘sesi anak-ibu’ ni.
“Oh ya lupa pulak. Ida,kau nak join makan dekat rumah mummy dengan daddy tak? Kalau nak,kau ajak si Zairi sekali.” Syahidah memang sudah terbiasa menggelarkan ibu bapa Aeryn sebagai mummy dan daddy sejak tiga tahun dahulu.
   “Tak apalah Aeryn. Kau balik dulu. Lain kali aku pergi rumah famili kau. Aku makan tengah hari dengan pakcik sebelah ni.” Syahidah berkata sambil menunjuk Khuzairi. Aeryn ketawa terkekek-kekek. “Bye,aku jalan dulu ya.” Aeryn melambaikan tangan kepada Syahidah dan Khuzairi. Mereka membalas balik lambaian tadi.          
   Dia memaut erat lengan Datin Sharifah Nur Sofea manakala daddynya Dato’ Syed Razak dan Syed Adam Aiman pula membuntuti langkahnya. Syed Adam Aiman menolak troli itu tadi.
  Aeryn dan Abang A’eim memasuki tempat duduk belakang kereta Mercedes S350 milik Dato’ Syed Razak. Hari ini Dato’ Syed Razak yang membawa kereta kerana dia telah memberikan Pak Karim cuti sehari.
 “Wow,rindunya bau kereta daddy!” Aeryn berkata. Dato’ Syed Razak dan Datin Sharifah Nur Sofea saling berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum.
    Kereta Mercedes S350 milik Dato’ Syed Razak meluncur laju di atas jalan dan akhirnya sampai di rumah milik ibu bapa Aeryn yang terletak di Sri Hartamas. Aeryn berlari menuju ke pintu depan rumah. Bibik Ely membuka pintu apabila mendengar ketukan di pintu hadapan. 
    Bibik Ely terkedu apabila Aeryn memeluknya erat. Aeryn mengalirkan air mata tidak ketinggalan juga Bibik Ely. Sudah hampir empat tahun Aeryn tidak berjumpa dengan Bibik Ely. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia merenggangkan pelukan dan menyahut panggilan itu.
   “Assalamualaikum Aeryn. Ni aku ni. Kau balik sini atau kau tidur rumah parents kau?” Syahidah bertanya. “Waalaikummussalam Ida. Aku rasa aku nak tidur rumah parents akulah. Dah lama aku tak balik sini. Kau jaga diri kau tu baik-baik. Aku kena pergi dulu ni. Nanti apa-apa hal kau mesej aku atau call aje aku. Bye.” Aeryn memutuskan talian.
   Aeryn berlari ke arah anak tangga dan mendakinya satu persatu. Dia membuka pintu biliknya. Matanya melilau ke sekeliling sudut biliknya itu. Semua barang masih tersusun rapi dari hari dia tinggalkan rumah ini hinggalah ke hari ini. Dia berjalan ke satu sudut bilik di mana terletaknya beberapa buah album gambar.
   Aeryn menarik kerusi lantas duduk di atasnya. Dia membuka satu album kenangan dia bersama kawan baiknya,Airil. Dia meneliti satu persatu gambar dia bersama Airil. Ya,dia tidak salah bahawa lelaki tadi itu memang Airil. Perasaan gembira dan sedih bercampur baur. Bergelinang air matanya apabila dia teringat akan peristiwa pergaduhannya bersama Airil gara-gara si Haikal.
Sepuluh minit selepas peperiksaan besar SPM berakhir...
   “Awak! Dengar apa yang saya nak cakap dulu. Kenapa awak masih suka dekat si Haikal tu? Sedangkan dalam diam ada orang lain yang lebih menyayangi awak.” Tegas persoalan itu keluar dari mulut Airil. Dia sudah tidak sanggup untuk memendam rasa.
     Aeryn berhenti berjalan. Dia memusingkan badan memandang tepat ke arah Airil dengan mata yang tajam. “Cuba awak cakap dekat saya. Siapa orang tu. Saya cuma ada Haikal aje. Kenapa semua orang tak faham isi hati saya? Kenapa Airil kenapa?” Aeryn menjerit bagai orang yang terkena histeria.
 “Aeryn tenang Aeryn. Awak jangan jerit boleh tak. Betul ke awak nak tahu siapa orang yang amat menyayangi awak dari jauh? Kalau awak dah tahu awak akan terima dia ke?”
   “Itu saya tak pasti tapi apa yang pasti saya nak tahu siapa orang itu. Airil you must tell me who the person is. Tolonglah saya rayu.” Suara Aeryn seakan merayu kepada Airil.
“Baiklah kalau itu yang awak mahu tahu. Orang itu adalah saya,Tengku Muhammad Ashraf Khairil. Bolehkah awak menyayangi saya seperti saya menyayangi awak sejak darjah satu?” Tanya Airil.
Aeryn terjelopok di atas kaki lima sekolah. Dia tergamam. Seketika kemudian dia bersuara. “Kenapa Airil? Kenapa? Kenapa saya? Awak tahukan yang saya anggap awak tak ubah macam abang saya sendiri.”
 “Sebab dari hari pertama saya jadi kawan awak saya dah jatuh hati dekat awak. Kenapa awak tak faham lagi Aeryn?”
 “Tak mungkin! Saya bukan....tapi awak...”Aeryn sudah menangis teresak-esak.
    “Awak tolonglah awak. Awak pergi berehat dulu nanti kita cakap.” Airil menarik tangan Aeryn bagi membantunya untuk bangun.
“Tak awak. Saya nak kita selesaikan perkara ini sekarang. Saya memang tak sanggup awak. Kenapa awak menyeksa saya macam ni? Kenapa? Kasihankan saya awak. Itu aje yang saya minta dari awak. Saya tak nak tengok muka awak lagi depan saya. Pergi! Saya cakap pergi!” Dia melepaskan amarahnya kepada Airil sedangkan Airil tidak bersalah langsung dalam hal ini.
+‘Dia berhak mencintai aku. Tapi kenapa aku menyekat keinginannya?’
-‘Kau tak payahlah nak fikirkan pasal budak maniac tu. Dia tak berhak nak suka dekat kau walau sedikit pun.’
+‘Dalam dunia ni siapa yang tak berhak mencintai? Tak salah kalau kita bagi peluang dekat Airil. Kasihan aku tengok dia menderita.’
-‘Apa-apa yang kau fikir akan jadi teruk. Lebih baik tak payah buat apa-apa lagi senang betul tak?’
+‘Betul juga kata kau Miss N. Pertama kali aku setuju dengan pendapat kau. Bravo bravo..’
-‘Kembang seperiuk aku nanti. Jom kita tanya apa kata Miss H’
   ‘Hakikatnya aku tak nak sakitkan hati Airil tapi aku tak sanggup nak terima dia dalam hidup aku sebagai seseorang yang lebih dari gelaran seorang kawan baik atau abang.’ Rimas pula jadinya. Rasanya kepala Aeryn dah nak hampir tercabut dari tengkuk dia dah sebab fikirkan perkara yang dianggap way too childish.
 “Awak ni putus fius ke apa? Dah dah saya tak nak tengok awak melutut tapi apa yang pasti ruang awak di hati saya hanyalah sebagai seorang abang tak lebih dari itu.” Aeryn berkata lemah. Dia meninggalkan ‘scene’ itu tadi dengan langkah yang lemah longlai.
   “Aeryn! Saya tetap akan tunggu awak sampai bila-bila. Kalau awak jumpa saya jangan lari dari saya tau.” Airil menjerit apabila kelibat Aeryn semakin jauh meninggalkannya.
   Ketukan di pintu menyedarkannya. Cepat-cepat Aeryn mengesat manik manik di tubir matanya. Dia berjalan ke meja solek lalu mengambil sebotol bedak dan menyapunya di bawah kelopak mata.
Selepas meratakan bedak di bawah mata dia berjalan menuju ke arah pintu. Pintu dibuka, kelihatan Bibik Ely berada di hadapannya.
Non Aeryn,makan tengah hari udah bibik  siapin. Mami dan papi non suruh non turun.” Bibik Ely berkata dengan dialek Indonesianya walaupun sudah 5 tahun dia bekerja dengan keluarganya.
  “Sayang Bik Ely. Bik Ely turun dulu nanti saya ikut.” Satu ciuman singgah di pipi Bibik Ely.
 “Ada-ada aja kamu ini. Ya udah nanti kamu turun ya. Bibik turun dulu. Da.” Bibik Ely menuruni tangga satu persatu. Aeryn menutup suis penghawa dingin di biliknya serta suis lampu. Dia tidak suka membazir kerana arwah nenek pernah berkata bahawa membazir itu amalan syaitan.
“Wow,bau apa ni mummy? Bik? Sedapnya.” Aeryn menarik kerusi di meja makan lalu duduk bersebelahan dengan Datin Sharifah Nur Sofea. Bibik Ely menghidangkan lauk kesukaan Aeryn,sambal tumis udang dan kangkung goreng belacan.
Aeryn menyenduk nasi untuk semua orang dan orang terakhir yang dapat nasi adalah Aeryn. Lebih sopan jika memberi kepada orang dulu baru kita ambil,kata-kata arwah nenek masih kuat tersemat dalam ingatan. Macam selalu Syed Adam Aiman akan membaca doa makan. Selepas makan Aeryn membantu Bibik Ely mencuci pinggan.
   ‘Anak dara mummy kena selalu buat kerja-kerja rumah tau. Nanti kalau kahwin senang sikit. Tak adalah nak bebankan suami aje. Lupa pulak mummy. Asyik cakap pasal kahwin ni nak tanya Aeryn dah ada calon suami ke? Mummy teringin sangat nak menimang cucu. Yalah umur dah makin menigkat takut aje tak sempat. Kalau belum ada calon mummy dah ada calon dah. Aeryn fikir-fikirkan ya sayang?’ Terngiang-ngiang kata-kata mummynya tadi  ketika berada di ruang dapur.
“Ini yang beban ni. Mummy dah mulalah ‘aura cari jodoh’ dia tuh. Nak korek mana suami ni? Dahlah aku belum ada calon lagi. Janganlah mummy oi pergi cari laki untuk aku. Tak hingin aku entah orang mana dia cekup buat suami aku tah.” Aeryn bermonolog sendirian di biliknya. Dia meramas-ramas rambutnya. Pening-pening kepala ni jadinya.
    Dia berfikir di atas katil sampai dia terlelap. Azan Asar mengejutkan Aeryn dari tidurnya. Dia melihat jam dinding di bilik menunjukkan pukul 4.30 petang. Nasib baik sebelum tertidur dia telah menunaikan Solat Zohor. Dia bangun lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai menunaikan Solat Asar dia turun ke bawah menuju ke ‘Taman Mini Malaysia’ mummy dekat halaman depan.
   Landscape di halaman depan memang cantik. Terdapat taman kecil yang mempunyai beberapa jenis bunga kesukaan Datin Sharifah Nur Sofea iaitu bunga orkid,bunga seri pagi serta bunga teratai di dalam kolam ikan. Di atas kolam ikan terdapat gazebo kecil dan sebuah buaian di dalamnya. Di tepi ‘Taman Mini Malaysia’ Datin Sharifah Nur Sofea terdapat satu kolam renang.
  Masa kecik-kecik dulu,Aeryn suka sangat main air dekat tepi kolam renang. Kalau boleh setiap hari nak pergi. Kenangan-kenangan yang manis sangatlah katakan.
   “Hoi,hoi maikcik apa berangan-berangan petang hari,ni?” Sergah Syed Adam Aiman.“Oh mak kau meletup.” Melatah Aeryn apabila disergah begitu. Syed Adam Aiman melepaskan tawanya. Sungguh dia tidak tahan melihat Aeryn melatah.
Heish,Abang A’eim ni. Nak adik pendek umur ke ha? Dah tahu orang kuat melatah lagi main-main macam tu. Lain kali berilah salam ke,‘selamat petang adik’ ke,ini tak main hoi,hoi dengan orang pulak.” Marah Aeryn. Syed Adam Aiman menjelirkan lidah lalu lari ke arah taman.
    ‘Lebih baik cabut sebelum ‘Gunung Berapi Krakatau’ meletup’. Syed Adam Aiman berkata di dalam hati sambil melarikan diri.
“Hoi budak,tunggu!” jerit Aeryn. Dia menangkap abangnya lantas memukul lengan Syed Adam Aiman. “Perghh..berbisa sudah. Pedih ni. Abang bagi tahu mummy yang Aeryn buat macam ni dekat abang, Sampai hati.”Syed Adam Aiman membuat lakonan ‘merajuk’nya.
    “Eleh merajuk konon. Dah tak berkesan dah taktik abang tu.” Aeryn berkata sambil menjelirkan lidah. “Wekkk..” Ejek Aeryn.
‘Ha.ha.  Lawak sungguh adik aku seorang ni. Kononnyalah lawak.’ Bisik Syed Adam Aiman.
 

  Aeryn menghabiskan masanya seharian bersama keluarga. Hari ini dia akan pulang ke apartmentnya. Pin..pin..hon kereta Honda Accord milik Syahidah berbunyi. Sudah dua kali dia membunyikan hon. “Haiyaah lambatnya makcik seorang ni. Dahlah aku ada somewhere to go sekarang ni.” Syahidah menunjukkan rasa tidak puas hatinya di dalam kereta.
     Tiba-tiba kelibat Aeryn baru kelihatan dengan membawa luggage bag sebesar gajah. Tak ada besar mana pun tak sampai pun saiz anak gajah. Selepas meletakkan beg ke dalam boot kereta,Aeryn masuk dan duduk di seat sebelah pemandu. Syahidah menekan padel minyak meluncur di kawasan perumahan di Sri Hartamas.


**P/S: Ini bab 2 saya.Dekat facebook ada orang yang telah tolong saya memperbaiki bab ini.Saya rasa bab ini tiada masalah dari segi cerita dan plot.Tapi masih ada masalah dengan tulisan yang kadang-kadang gila.Harap maklum saya minta maaf banyak-banyak atas kesulitan yang dihadapi.Harap awak semua suka baca bab 2 ini sebanyak mana awak suka baca bab 1.


*Bab 2 ini hanya ada sedikit kesalahan dari segi rupa tulisan yang mungkin bold dan mungkin tidak pada sesetengah ayat.Harap maaf.*
Assalamualaikum.
Love, Lilac Nisse. <3