Pages

BaB 6 : Kata Tak Terungkap


    SEMINGGU sudah berlalu. Hanya tinggal baki dua minggu sahaja lagi sebelum mereka pulang ke tanah air. Dan selama seeminggu ini Airil sudah terlihat akan kesan positif yang berlaku pada Aeryn terhadapnya. Aeryn kini sudah suka usik-mengusik sesama mereka. Dia juga semakin pulih kerana dijaga oleh rakan yang penyayang iaitu Syahidah.
    Hari yang dinanti-nantikan oleh Airil juga semakin hampir. Hanya berbaki lagi lima minggu. Segala persiapan bagi hari akad nikah mereka semua sudah diuruskan oleh bonda dan mummy. Aeryn terpaksa biasakan diri untuk memanggil Puan Sri Amylia Hanis sebagai bonda dan Tan Sri Tengku Sulaiman sebagai papa. Terbalik pula bagi Airil kerana dia perlu memanggil Datin Sharifah Nur Sofea sebagai mummy dan Dato’ Syed Razak sebagai daddy.
    Jangka masa masih berbaki lima minggu tetapi Aeryn yang terlebih takut. Bila ditanya seribu satu alasan yang diberi. Kena biasakan diri panggil Aunty Amy sebagai bondalah itulah inilah. Banyak sangat alasan. Akan tetapi Airil sabar menunggu masa untuk mereka bersiar-siar bertemankan Syahidah kalau tidak orang ketiga itu adalah syaitan.
    Pada hari ini mereka memutuskan untuk bersiar-siar disekitar kawasan Big Ben. Big Ben iaitu salah satu mercu tanda London. Ianya masih berfungsi sebagai jam.
   “Wah Ryn cantik gila Big Ben. Kagumlah aku tengok Big Ben. Untungnya kau bawak aku datang sini.” Ucap Syahidah teruja. Matanya tidak berkedip memandang Big Ben yang kukuh berdiri di hadapan mereka. Apa yang Aeryn buat hanyalah ketawa akan gelagat Syahidah yang seperti rusa masuk kampung.
   “Eh Ryn,kau tolong snap gambar aku depan Big Ben. Nanti post gambar aku dekat Facebook tau.” Beria-ria Syahidah menyuruh Aeryn mengambil gambarnya menggunakan kamera DSLR miliknya. “Yalah cik kak oi. Dah cepat pergi posing.” Tangan Aeryn pantas dan cekap mengambil gambar demi gambar. Dia agak berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.
    “Eh jom rehat kejap. Penat aku pergi posing banyak-banyak Gambar kau tak nak ke? Meh aku tolong snapkan untuk kau. Nanti aku boleh tagkan cik abang kau tu.” Punggung dilabuhkan di atas kerusi berdekatan. Syahidah mencapai tali kamera milik Aeryn. Tangannya pula yang sibuk menekan punat di kamera. ‘Nasib aku pernah belajar macam mana nak pakai kamera ni. Kalau tak malu aku.’ Luah Syahidah di dalam hatinya.
     “Tak sangka pulak aku yang kau pandai pakai kamera DLSR ni.” Syahidah tersenyum dengan pertanyaan Aeryn. Kening kiri dijongketkan beberapa kali sambil tersengih.
    “Dah-dahlah tu kau senyum. Dah ada rupa macam cheese busuk dah aku tengok muka kau.” Terus senyuman di wajah Syahidah mati  serta-merta. Mereka semua sedang khayal melayan perasaan masing-masing. Syahidah terpandang akan seseorang. Dia terus tersenyum. Kamera DLSR Aeryn dicapainya. Lensa dihalakan ke arah pemuda tersebut. Beberapa keping gambar di ambil. Syahidah tersenyum puas. Nasib baik Aeryn tidak sedar akan tindakkannya mengambil gambar Airil secara candid.
    Airil terperasan bahawa ada paparazzi tak berbayar yang sedang mengambil gambarnya. Dia tersenyum ke arah Syahidah dan juga Aeryn. Kakinya dihayunkan menuju ke tempat mereka berdua. Tangannya dilambaikan kepada Syahidah. Aeryn melihat gerangan siapakah yang mendapat lambaian dari Syahidah. Mukanya terus masam mencuka saat matanya bertembung dengan mata Airil. Jelingan dihadiahkan kepada Airil yang masih tersenyum.
    Aeryn membuat muka bosan sewaktu Airil menyapa kedua-dua mereka. “Aik garang semacam nampak. Semalam tengok okay aje. Sekarang dah garang pulang. Seram ni Ida.” Airil cuba untuk menceriakan suasana yang agak suram.
     Aeryn membuat muka menyampah. Menyampah dengan gurauan Airil. ‘Menyemak aje lelaki ni.’ Hatinya petah berkata-kata saat dia di dalam keadaan yang marah dan geram. Meluat pun ada. Aeryn melemparkan pandangannya ke arah burung-burung merpati di kawasan lapang di hadapannya. Burung-burung itu sedang bergaduh merebut makanan. Teringat pula kata-kata arwah nenek,kalau kita bergaduh di depan rezeki nanti membazir. Allah tak suka.
    Aeryn tersenyum saat teringat akan kelakuannya dengan abangnya sewaktu dahulu. Suka sangat berebut makanan sampai lebam kaki kena sebat dengan rotan arwah nenek. Pedih tu pedih tapi dah kalau namanya budak mana serik walaupun kena pukul berkali-kali. Syahidah menggoncangkan sedikit bahu Aeryn.
   “Hai mengelamun jauh nampak. Dah sampai mana dah? Ingat dekat siapa tu Ryn? Cik abang sayang ke?” Sakat Syahidah. “Ish kau ni. Mana ada aku mengelamun teringatkan ‘cik abang’ tu.” Aeryn bantah dengan apa yang Syahidah kemukakan. Langsung tak sama dengan apa yang dia fikirkan. Lari sangat. “Habis tu?” Tanya Syahidah pendek. “Aku teringatkan waktu dulu-dulu aku dengan Abang A’eim selalu kena sebat dengan rotan arwah nenek. Kalau kau jadi aku,aku rasa kau pun akan tersenyum bila teringatkan zaman kecik-kecik.”
    “Hmmm. Yalah Aerynku sayang. Eh jom makan. Aku laparlah.” Pelawa Syahidah. “You guys nak makan ke? Saya belanja nak?” Pelawa Airil pula. “Eh betul ke ni Ril? Awak nak belanja saya dengan Aeryn?” Tanya Syahidah seperti tak percaya. “Betullah mana ada tipunya. Jom gerak. Saya belanja.” Tersenyum lebar Syahidah selepas mendengar pelawaan Airil. Dia menarik tangan Aeryn untuk bangun. Dah kalau orang belanja siapa yang tak nak. Aeryn membuat muka bosannya. Kakinya menapak satu persatu dengan malas. Dia mengeluh. ‘Nasib,nasib.’ Luah Aeryn sambil menggelengkan kepalanya.
    Mereka mengambil teksi menuju ke Bayswater untuk makan tengah hari di Restoran Halal. Memang selalu Airil pergi makan di situ tiap kali datang ke sini. Tak hairanlah dia membawa Aeryn dan Syahidah ke sana.



TERLAMPAU banyak sketch yang perlu disiapkan. Pejam celik pejam celik lagi dua minggu aje mereka akan pulang ke Malaysia dan lagi dua minggu aje Aeryn sah mengangkat pangkat menjadi isteri orang. Bila difikirkan balik Aeryn langsung tidak bersedia untuk menjadi isteri orang lain inikan pula menjadi isteri kepada Airil.
   Mata dipejam celikkan beberapa kali. Aeryn menggosok matanya. Rambut dirapikan. Kakinya diturunkan daripada katil perlahan-lahan. Dia berjalan menuju ke pintu bilik apabila terdengar orang menekan loceng. Dalam keadaan yang masih mamai Aeryn menguak seidkit pintu. Dia cuba melihat siap di hadapannya tetapi gagal. Pandangannya masih kabur. Siapa yang tak mengantuk kalau tidur pukul 3 pagi.
   “Assalamualaikum Aeryn. Awak, jom kita keluar breakfast.” Ajak Airil.
 Aeryn diam. Tiada balasan kepada soalan Airil tadi.
  “Awak. Awak dengar ke tak ni?” Airil melambai lambaikan tangannya di hadapan muka Aeryn. Masih tiada respon. Tiba-tiba badan Aeryn tersungkur ke hadapan. Airil terdengar akan dengkuran halus.
 ‘La,rupanya si Aeryn tidur. Ni mesti tengah mamai tadi.’ Bisik hati Airil. Dengan gagahnya dia mencempung tubuh Aeryn kembali ke atas katil. Dia mengejutkan Syahidah.
 “Ida,nanti kau ajak Aeryn turun breakfast sama-sama. Tadi dia bangun tapi tertidur balik. Aku gerak dululah. Nak pergi makan dulu. Kalau dia bangun ajak dia pergi makan dekat bawah. Nanti habis makan aku nak bawa kau orang pergi bersiar-siar di Ireland tapi mungkin balik malam. Kalau dia ada kerja nak buat suruh dia bawa laptop dia sekali. Assalamualaikum.” Ucap Airil.
 “Okay.” Jawab Syahidah. Beberapa minit kemudian kelibat Airil hilang dari pandangan mata Syahidah. Dia menggagahkan diri untuk bangun dan membersihkan muka. ‘Wah,mengantuknya aku.’ Omel Syahidah sambil menggeliat. 
   “Woi Aeryn bangunlah. Jom breakfast,bawah.” Kata Syahidah sambil melihat refleksi diri di cermin. ‘Dah comel lah ni.’ Syahidah tersenyum puas. Minah seorang ni nak bangun makan ke tak. Dari tadi duduk bersila atas katil tu tak gerak-gerak langsung. “Woi Aeryn! Bangunlah.” Jerit Syahidah di telinga kanan Aeryn.
“Oh makcik kau jatuh tergolek-golek.” Belakang tangan Aeryn melekap dekat muka Syahidah. Siapa suruh duduk belakangnya. Kan dah kena penampar free. “Weh sakitlah. Kau ni pun kalau nak melatah tak payalah nak tampar aku sekali. Sakit tau.” Adu Syahidah sambil mengusap-usap pipinya yang terasa kebas dek kena penampar tadi. “Siapa suruh kau jerit dekat telinga aku. Kau kan tahu kalau aku melatah macam mana. Macam baru sehari aje kau kenal dengan aku sampai perangai aku pun kau tak tahu.” Bebel Aeryn itu ini. Syahidah menekup telinganya dengan kedua dua belah tangan. ‘Tak kuasa aku nak dengan orang berleter pagi-pagi macam ni. Buat rosak eardrum adalah.’ Omel Syahidah dalam hati.
  “Dah,dah pergi siap cepat. Aku tak nak dengan kau berleter dekat sini. Dah gaya macam mak tiri aje aku tengok kau ni.” Syahidah menolak badan Aeryn menuju ke pintu tandas. Aeryn pula tidak membantah. Dia mengambil towel dan masuk ke dalam bilik air.
  Aeryn mengambil dua biji cream puff dan diletakkan di atas pinggan kecil. Tangannya ligat mengambil beberapa jenis potongan kecil kek yang terhidang di meja buffet. Hampir sejam Aeryn dan Syahidah duduk makan breakfast di situ. Tidak diendahkan pandangan dari beberapa pasang mata milik pelayan di kafe tersebut.
   ‘Apa aku kesah. Aku bayar duit hotel ni memahal dengan duit breakfast. Salah ke kalau aku nak melantak pun. Duit aku juga yang masuk poket kau orang nanti.’ Bisik Aeryn geram dengan pandangan mata pelayan-pelayan di situ. ‘Suka sangat jaga tepi kain orang. Eh aku pakai seluarlah hari ni. Arghhh apa-apalah. Yang aku tahu cepat aku habis pencuci mulut cepat jugalah aku keluar dari kafe yang merimaskan ini.’ Aeryn menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dengan kasar. Rambutnya yang berserabut tadi dikemaskan. Wajah terpaksa di maniskan.
    Galaxy Y milik Syahidah berbunyi tanda ada panggilan masuk. Syahidah terhenti dari menyuapkan baki kepingan roti bakarnya. Dia pantas menekan punat hijau dan menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil. “Assalamualaikum.”
    “Waalaikummussalam. Ida ni aku ni Airil. Kau orang dah habis makan ke belum?” Soal Airil. “Aaaa....kita orang dah nak habis lah ni. Kenapa?”
   “Taklah,dari tadi aku tunggu kau orang dekat lobby tapi tak ada pun. Ni ha aku telefon nak tanya kau orang dekat mana. Cepat sikit makan. Karang balik lambat dari Ireland merungut pula. Yalah perempuan kan mana kuat.” Tegas Airil berkata.
    “Hmmm..Yalah kita orang dah nak habis ni. Tunggu lagi sepuluh minit kita orang datang.” Talian dimatikan dan Syahidah sambung menghabiskan kepingan roti yang hanya tinggal suku aje.
     “Aeryn kau ada bawa tak laptop,buku sketch,pensel,pen and what so ever?” Soal Syahidah minta kepastian. Aeryn mengangguk seraya membetulkan letak tali beg sandang hitamnya itu.
  



     UDARA nyaman di Ireland menampar pipinya lembut. Aeryn memejam celik matanya beberapa kali. Segala kekusutan di otaknya seakan hilang begitu sahaja. Dia tersenyum melihat rumput yang menghijau di sekelilingnya. Syahidah dari tadi asyik meramkan permandangan tersebut menggunakan kamera milik Aeryn. Airil pula hilang entah ke mana. Tadi dia kata hendak pergi beli sedikit makanan tapi sampai sekarang tidak pulang-pulang lagi.
       “Hi,are you a tourist here?” Aeryn yang sedang bersila di atas karpet rumput yang menghijau itu tersentak. Dia mengangkat kepalanya. Lelaki itu tersenyum memandang Aeryn. “Yes I am. Come sit beside me and we can chat. My friends had gone somewhere but until now they did not returned yet.” Dia bercakap sambil menepuk rumput di sebelahnya. Lelaki itu terus melabuhkan punggungnya selepas dipelawa Aeryn.
       “I’m Jeffrey, Jeffrey O’ Barbra. I lived here.” Tangan Jeffrey dihulurkan sebagai tanda perkenalan. Aeryn menyambutnya seraya berkata “I’m Aeryn, Sharifah Syaqila Ariana. Oh Ireland is a nice place though. Nice meeting you.”
       Sedang Aeryn leka berborak dengan rakan barunya itu,Syahidah dan Airil datang menyergahnya dari belakang. “Oh mak..” Aeryn menekup mulutnya. Jeffrey di sebelah sudah tergelak begitu juga dengan Syahidah dan juga Airil. Aeryn menjeling Airil dan juga Syahidah. Geram. Definisi untuk perasaannya sekarang.
     Airil duduk di sebelah Jeffrey manakala Syahidah pula di sebelah Aeryn. Mereka berkenal-kenalan sesama sendiri. “Jeffrey, Jeffrey O’ Barbra.” Tangannya dihulurkan kepada Airil. Airil menyambutnya gembira. “Airil, Tengku Muhammad Ashraf Khairil.” Mereka mendiamkan diri seketika.
     “You are..?” Soal Jeffrey kepada Airil. Airil faham akan maksud soalan itu dan berkata “I’m Aeryn’s fiancĂ©. We will be getting married soon.” Jelas Airil kepada Jeffrey. Dia mengangguk. “Congrats to both of you. Oh very well then. I got to go. I have things to settle. Goodluck on your marriage Airil. Take care you guys. Bye.” Pamit Jeffrey sebelum meninggalkan mereka bertiga. Aeryn mengeluarkan sketch book dari beg hitamnya itu. Sebatang pen mekanikal yang tersemat di tepi buku ditarik keluar. Helaian demi helaian diselak. Kertas kosong itu mula diconteng dengan patung model. Kemudiannya terhasillah satu evening gown di atas patung model itu.  Pensel warna Faber Castle dikeluarkan dari poket kecik beg tersebut. Kotak yang mengandungi 48 batang pensel warna ditarik. Warna hijau rumput dikeluarkan.
     Gown itu terhasil sebenarnya kerana keasyikkan Aeryn menjamu matanya dengan padang yang menghijau yang dbentangkan di hadapannya kini. Dia kembali menutup sketch book dan melemparkan semuanya masuk ke dalam beg. Malas nak susun. Kepala direbahkan di atas tilam hijau itu. Tangannya didepakan, mata dipejam celikkan. Terasa bagai hanya dia seorang di situ. Airil juga melakukan perkara yang sama di sebelah Aeryn. Airil memusingkan badannya menghadap Aeryn. Lengan kirinya dijadikan tongkat untuk menampung berat kepalanya.
     Aeryn mengangkat kening kanannya memandang Airil. Seolah-olah keningnya bertanya ‘Awat hang pandang sini.’ Airil tarik senyum segaris. “Saja.” Jawab Airil. Ternganga mulut Aeryn mendengar jawapannya itu. Aeryn tunduk. Malu sebenarnya dengan renungan Airil yang ‘menggoda’ lah sangat itu. Matanya disuakan pula dengan langit yang membiru beserta kepulan-kepulan awan yang gebu.
     Sudah sempurnalah ciptaan Allah dengan adanya padang rumput hijau yang tidak kering kontang beserta langit yang biru dan mempunyai tompokkan awan putih. Indah sungguh ciptaan Allah. “Subhanallah.” Terkeluar juga ayat yang lama tidak meniti dibibir Aeryn itu.

**P/S : Bab 6 sudah sampai.Mari mari.Hehehe

Assalamualaikum.
Love, Lilac Nisse. <3













Cinta Dari Ilahi



    PINTU bilik aku renung dengan pandangan kosong. Hatiku tengah resah memikirkan hari esok. Betulkah keputusan yang aku buat? Tidakkah aku membuatkan orang lain juga kecewa? Arghh semuanya merismaskan. Rambutku ku ramas sehingga kusut. Otakku kusut. Pening. Aku baring di atas katil lantas menangis. Aku baru sedar.

     Keputusan yang aku buat adalah salah tapi bolehkah aku berpatah balik? Aku tak mahu kecewakan hati ibu dan ayah. Tapi hati Afril juga penting. Ya, Afril atau nama sebenarnya Megat Zafril Megat Asyraf. Dialah buah hati pengarang jantungku. Selepas berita yang aku kabarkan kepadanya dua hari lepas sampai sekarang dia tidak mesej atau telefon aku. Lagilah aku rasa bersalah.

     Air mata yang mengalir ku seka tetapi ia masih laju menuruni pipiku. Aku menyembamkan muka ke bantal. Aku menangis sekuat yang boleh biar hatiku lega dengan cara ini.

*****

     SUASANA di dalam masjid sunyi ketika itu. Semua mata memandangku dan tersenyum. Ya benar aku memang cantik hari ini. Pakaian pengantinku juga boleh membuatkan orang terpukau. Lelaki yang berada dihadapan tok kadi itu nanti akan sah bergelar suami kepadaku dalam masa beberapa minit lagi. Tok kadi sedang memberi tazkirah kepada bakal suamiku serba-serbi tentang kehidupan berumah tangga. Kakakku disebelah hanya tersenyum memandangku. Dia tahu aku tengah bersedih tapi apakan daya masa tidak boleh diputarkan kembali.

      “Aku nikahkan dikau Muhammad Syafiq Bin Muhammad Jamil dengan Sarah Farhana Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Tangan Syafiq digoncangkan.

    “Aku terima nikahnya Sarah Farhana Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Suara garau itu menyapa telingaku dan ketika itulah empangan air mataku pecah. ‘Selamat tinggal awak. Saya sudah bergelar isteri orang. Saya harap awak bahagia disamping orang tersayang.’ Doa ku titipkan buat Afril. Syafiq menapak ke arahku. Dia tersenyum lalu berkata. “Awak jom solat sunat selepas nikah dulu. Awak ada wuduk kan?” Aku angguk. Air mata ku seka dan senyum memandangnya.
  
    Usai solat sunat,upacara membatalkan air sembahyang pula. Dia menghadiahkanku sebentuk cincin disaluti emas putih dengan satu permata terletak elok ditengahnya.

*****

Tiga tahun kemudian,
     
      “Sayang, tolong abang sekejap boleh.” Suamiku memanggilku dan aku bergerak pantas menuju ke arah ruang tamu. “Ada apa awak?” Soalku sambil mengelap tangan di atas apron yang tersangkut dibadanku. “Mehlah sini.” Dia menepuk kusyen di sebelahnya. Aku terus duduk di sebelahnya dengan penuh tanda tanya. “ Selamat ulang tahun perkahwinan kali ketiga kita sayang.” Kotak biru tua dikeluarkan dari laci bawah meja. Dia menghulurkan kotak itu kepadaku. Aku sambut lalu membukanya. “Awak…” Air mata ditubir mata seakan hendak pecah. Dia mengesat mataku. “Abang tahu sayang masih tidak boleh mencintai abang tapi abang mahu sayang tahu bahawa sayanglah cinta pertama abang dan akan jadi cinta terakhir abang selamanya.” Ucap suamiku lembut. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Dia mencapai pinggangku dan merangkulku erat.

      “Shhhh…usah menangis lagi sayang. Abang berada di sini dekat dengan sayang. Abang akan berusaha untuk menjadi suami yang baik. Selagi sayang berada di sisi abang, abang tak mahu melihat sayang menangis kerana abang lagi.” Bisik Syafiq ditelingaku.

    “Saya minta maaf awak. Saya tahu saya bersalah tapi saya tengah berusaha untuk mencintai awak kembali. Awak tunggu saya. Saya akan mencintai awak suatu hari nanti. Janji.” Ucapku teresak-esak dibahu suamiku.

    “Abang sanggup tunggu walaupun untuk seribu tahun lamanya. InsyaAllah sayang. InsyaAllah.”

*****

    Mulai dari detik itulah aku mula mengenal erti cinta sejati dan cinta sejatiku kini adalah suamiku sendiri. Sudah hampir empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Baru sekarang aku sedar dialah yang terbaik buatku. Jodoh untukku dari Allah dan jodohku bukannya Afril lagi. Berita terbaharu daripada Afril juga membuatkan ku tersenyum. Dia sudah menimang cahaya matanya yang pertama seminggu yang lalu.

    Kini aku mula menyayangi suamiku sepenuhnya. Aku tidak lagi ragu dengan keputusan yang ku buat empat tahun yang lalu. Dia membimbingku dengan baik. Dialah ketua keluarga dialah imam dialah ustaz dialah ayah. Ya, ayah. Aku sudah mempunyai dua anak kembar. Merekalah permataku kini. Marissa Balqish dan juga Muhammad Syahmin.

    Aku terasa bagaikan ada percikan air dimukaku. Aku memandang ke hadapan. Balqish tersenyum. Giginya yang baru ada empat batang membuatkannya kelihatan comel sekali. Aku memeluknya erat. “Balqish nakal ae. Ibu babap nanti baru tahu. Mana abang awak?” Ujarku sambil mencubit pipi gebunya. “Abang Amin ekat ana. Ayah pun ekat ana. Ayah panggil ibu.” Ujar Balqish pelat. Alahai comelnya anakku yang sorang ni. Dia sudah pandai bertatih.

    Aku menggenggam tangannya dan ku pimpin Balqish ke arah suamiku dan juga Syahmin. “Ibu….” Jerit Syahmin dan suamiku girang. Air laut disimbah ke arahku. ‘Habis basah baju ni.’ Omelku. Balqish ku angkat. Syahmin pula diangkat oleh suamiku. “ Ibu ayah nak lumba ae. Capa menang Amin bagi coklat.” Syahmin juga pelat. Dia mengeluarkan coklat dari poket bajunya. “Amin simpanlah coklat tu. Kalau dah habis bagitahu ayah tau. Nanti ayah beli sekotak coklat untuk Amin.” Syahmin dan Balqish menjerit girang. “Sayang kita lumba ae. Satu…dua…lari..”  Aku berlari sekuat hati sambil membawa Balqish dalam pelukanku manakala Syahmin berada di dalam dakapan suamiku. Akhirnya…
   
   “Sayang menang. Abang kalah. Kena denda.” Ujarku termengah-mengah. Kepenantan. “Tak adillah kalau macam ni. Apa dendanya.” Mucungnya ditarik sedepa. Aku gelak Balqis dan Syahmin juga gelak. “Duck. Ibu ada duck.” Ujar mereka berdua. Kami berempat saling berpandangan. Terletus juga ketawa kami akhirnya. “Dendanya sini.” Aku menunjuk pipi kananku. Satu. Dua. Tiga. Cupp. Satu ciuman singgah dipipi kananku. Aku tunduk malu dengan pandangan pelik anak-anakku. Mereka tidak tahu lagi berapa tingginya kasih sayang yang suamiku curahkan kepadaku dan juga mereka. “Pipi ibu merahlah. Ayah kiss ibu ae.” Ujar Balqish dengan lagak jari telunjuknya. “Haiyooo ayah tak tahu ibu dah bluching bluching dah.” Syahmin menyambung ayat adiknya.
   
   Kami mencium pipi gebu mereka berdua dan tergolek di atas pantai. Matahari yang bakal menutup tirai berada dihujung laut. Rona jingga bercampur kuning dan merah kelihatan begitu indah.

  ‘Terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan aku seorang suami yang menyayangi aku sepenuh hati dan kau juga telah hadiahkan aku sepasang kembar untuk melengkapkan hidupku dan suamiku. Aku berharap kau kekalkanlah cinta kami hingga keakhir hayat kami. Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah aku tetap akan tersenyum. Terima kasih ya Allah.’

~TERIMA KASIH~

Ku titipkan doa buat yang tersayang. Supaya nanti awak bahagia. Jika awak jodoh untuk saya awak tidak akan couple dengan saya sebaliknya meminta izin dengan ibu bapa saya untuk menikahi saya.
 Coretan seorang perempuan yang mencari yang terbaik buatnya.
-Coretan yang direka sendiri-