Pages

BaB 2 : Kata Tak Terungkap

PEMANDU teksi itu menggoncangkan bahu Aeryn sedikit. Aeryn tersentak. Dia kembali ke alam realiti. "Miss,you have arrived to The Arch of Triumph. You need to pay 6 euro." 
      Aeryn mengeluarkan duit sebanyak yang dikehendaku lantas memberinya kepada pemandu teksi tersebut. Dia keluar dari teksi itu dengan membawa beg tangan,beg sandang komputer ribanya serta beg hitam bersaiz sederhananya.
  Dia terus menuju ke satu bangku yang berdekatan dengan The Arch of Triumph itu. Dia mengeluarkan buku catatan kecilnya dan juga sketchbook kesayangannya. Dia meraba isi beg tersebut tetapi dia tidak menjumpai sebatang pen mahupun pensil.
 Tiba-tiba datang seorang pemuda yang barangkali penduduk tetap di sini. Dia terus duduk bersebelahan dengan Aeryn.
  “Que je peux emprunter d'un stylo un moment?” Aeryn bertanyakan kepada lelaki itu sama ada dia mempunyai pen atau tidak.
Lelaki itu menjawab “Oui, prenez ce stylo.
Aeryn mengambil sebatang pen dari lelaki tersebut. Dia mencatat maklumat penting di dalam buku nota kecilnya itu. Kemudiannya mengeluarkan buku sketch dan mula melakar sesuatu.
  “Come ici pour obtenir quoi?” Lelaki tadi bertanyakan Aeryn sopan mengapa dia berada di bumi Paris ini.
    “La recherche d'idées.” Aeryn menerangkan bahawa dia datang ke Paris untuk mencari idea. Pemuda itu menarik segaris senyuman ikhlas.
Idées pour quoi faire?” Lelaki itu bertanyakan Aeryn penuh minat setelah terlihat Aeryn melakar sesuatu di atas sketchbooknya. Kemungkinan lelaki itu sekadar ingin mengambil tahu apa yang dia buat kerana sejak dari tadi tangan Aeryn tidak berhenti menarikan pena di atas kertas. Pula tu pen itu kepunyaannya.
  “Je dessine des vêtements. Je cherche idées pour dessiner des vêtements.” Aeryn tersenyum manis sambil menunjukkan lakaran rekaannya yang baru siap kepada lelaki itu dan menerangkan sedikit mengenai kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen.
 Sedang asyik berbual,akhirnya lelaki itu meminta diri. “Très bien. Je dois aller. Au revoir!” Aeryn memulangkan pen lelaki itu sambil mengucapkan selamat tinggal kembali. “Au revoir!
  Aeryn melambaikan tangan kepada lelaki itu sementara lelaki itu berjalan pergi. Walaupun dia tidak tahu nama pemuda tersebut tapi dia mengagak yang lelaki itu baik.
  

   SUDAH seminggu Aeryn berada di Paris dan dateline untuk kertas kerjanya adalah pada hari esok. Hari ini dia akan pulang ke tanah air. ‘Cewahh dah macam orang baru balik dari studies dekat luar negara aje ayat tadi.’ Segala benda yang ada kena mengena dengan paperwork, dia telah siapkan semasa dia berada di Paris. Lega sungguh hatinya kala ini. Dia tersenyum.
    Aeryn tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah hari. Ibu bapanya iaitu Dato’ Syed Razak serta Datin Sharifah Nur Sofea sudah menunggu akan kehadirannya. Tidak ketinggalan juga abangnya,Syed Adam Aiman,Syahidah serta Khuzairi.
    Aeryn menolak troli yang meletakkan bagasi miliknya di atas. Sedang dia bergegas ke arah keluarga dan kawan,rupa-rupanya dia telah terlanggar seseorang. Aeryn serba salah dan terus meminta maaf kepada pemuda tersebut.
   ‘Seorang pemuda yang berwajah tampan. Badannya tegap,mukanya putih bersih,tiada satu jerawat pun yang berada di wajahnya. Matanya yang bundar dan anak matanya berwarna hazel brown menampakkan lagi kecomelan pemuda itu. Bibirnya yang merah tanda dia tidak merokok. Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang cukup sempurna bagi seorang wanita walaupun tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini melainkan Allah. Akan tetapi rupa pemuda itu seakan pernah dilihat sebelum ini cuma Aeryn tidak pasti di mana dan siapakah gerangan lelaki di hadapannya kini.’ Aeryn bermonolog di dalam hati.
       Pemuda itu tersenyum melihat gelagat Aeryn yang mungkin sedang merenung lelaki itu. Aeryn tertunduk malu.
   “Hi,saya Tengku Muhammad Ashraf Khairil. And you are?” Suara garau Airil berkata tetapi tetap merdu dan mampu mencairkan hati mana-mana perempuan.
  Jantung Aeryn bagaikan tersentap keluar dari jasad. Kalau jantungnya ada kaki,sudah lama jantungnya melarikan diri. Aeryn menoleh ke arah lain. Empangan air matanya sudah pecah. Dia mengambil trolinya dan berlari jauh,jauh meninggalkan Airil keseorangan dalam keadaan yang masih terpinga-pinga.
    ‘Kenapa dia tak nak kenalkan nama dia pulak? Tiba-tiba aje lepas sebut nama aku terus lari. Apa dia ingat nama aku ni bahaya ke?’ Airil berdialog dalam hati. Hati dia sedikit terusik melihat gelagat Aeryn. Walaupun dia tidak tahu yang itu adalah Aeryn gadis pujaan hatinya yang telah bertakhta di dalam hati sejak di bangku sekolah lagi.
   Syahidah yang ternampak akan ‘kejadian’ yang tidak disangka itu terus berjalan menuju kearah Aeryn. “Wei,Ryn kau kenapa ni? Macam kena kejar dengan hantu aje aku tengok. Sampai tak cukup anggota badan nak lari.” Terkekek-kekek Syahidah melepaskan tawanya.
  Aeryn menunjuk buku limanya tanda penumbuk. ‘Sempat lagi nak ketawakan aku. Dahlah aku terjumpa si Airil tadi. Aku tak sanggup nak jumpa dengan Airil selepas kejadian yang berlaku 8 tahun lepas. Terlampau banyak yang aku telah ceritakan dekat kau pasal Airil tapi aku tak boleh bagitahu perkara tadi.’ Aeryn menyatakan hasratnya kepada Syahidah tapi ia bagai tidak boleh keluar dari kerongkongnya.
    Aeryn mengeluh. “Aku tak apa-apalah. Yang kau ni pun satu asyik nak mengusik aku ni kenapa?” Aeryn sudah terbiasa dengan perangai kawan kesayangannya yang seorang ni.
     “Aku suka tengok muka kau blushing-blushing bila aku usik. Lawak sangat.”Syahidah masih ketawa. Aeryn menggelengkan kepala. ‘Apalah yang nak jadi dengan kau Ida? Bila dah kahwin mesti si Zairi tu asyik gelak aje tengok perangai kau.’ Aeryn akhirnya tersenyum.
  “Ida! Mummy and daddy aku mana?” Aeryn bertanya dengan intonasi yang agak teruja ingin tahu.
   “Aku lupa pula nak cakap. Cuba kau tengok dekat situ Ryn. Dia orang tengah tunggu kau. Aku lupa nak cakap sebab excited sangat nak jumpa kau.Hehe..Sorry.”Syahidah tersengih-sengih seperti kerang busuk lagaknnya.
Ish,kau ni pun satulah Ida kenapa tak cakap awal-awal? Aku ingat mummy and daddy tak datang tengok anak kesayangan diaorang ni.” Aeryn ketawa terbahak-bahak apabila melihat Syahidah membuat muka blurrnya.
   Aeryn berlari menuju ke arah Dato’ Syed Razak serta Datin Sharifah Nur Sofea. Dia terus mendakap tubuh Datin Sharifah Nur Sofea erat-erat. “Mummy! I missed you so much.” Aeryn menjerit kecil. Hampir pecah telinga mummynya itu bila Aeryn menjerit.
     “Aeryn sayang,jangan jerit boleh? Aeryn nampak so unmatured aje bila menjerit macam tadi. Nampak macam budak tadika kan bang!” Dato’ Syed Razak mengangguk sambil tersenyum. Aeryn mencebik.
“Hoi,budak kecik! Abang dia langsung tak nak pandang ke? Muka punyalah hensem tapi adik sendiri tak nak tengok.” Syed Adam Aiman menggosok kepala Aeryn.
    “Hoi,hoi! Apa pegang-pegang kepala orang ni? Tengok dah rosak rambut adik. Mummy tengok Abang A’eim ni. Rambut dah serabai macam ni semua salah Abang A’eimlah.” Aeryn menarik tangan Syed Adam Aiman ketepi. Dia membetulkan rambutnya yang rosak tadi. Aeryn memuncungkan bibir.
“Eleh,rambut macam orang utan tak padan dengan muka. Main salah-salahkan orang pulak. Dah nama pun adik sendiri tak kan tak boleh nak gurau sikit kut. Meh sini!” Syed Adam Aiman berkata dalam nada bergurau. Dia menarik kepala Aeryn lalu membetulkan rambut adik kesayangannya.
   “Eh,eh! Pegang-pegang lagi dia ni. Nak gurau jangan sentuh rambut oranglah. Tahulah rambut dia pacak macam tiang elektrik. Muka punyalah smart. Tinggi pulak tuh. Abang siapa lah ni kan mummy.” Aeryn berkata. Dia menepis tangan Syed Adam Aiman. Semua yang berada di situ ketawa hampir nak pecah perut dibuatnya.
 “Abang Aerynlah. Tapi Abang A’eim anak mummy dengan daddy. Dah-dah kalau asyik bergurau dekat sini sampai malam tak habis. Jom sayangs semua ikut mummy balik rumah. Kita lunch dekat rumah. Aeryn belum makan lagikan?” Datin Sharifah Nur Sofea berkata.
   “A’ahlah. Baru ingat tadi dalam plane dia bagi breakfast  aje. Perut Aeryn dah dendangkan lagu rock kapak ni.J om kita balik.” Dato’ Syed Razak dan Syed Adam Aiman menggeleng kepala menglihat gelagat ‘sesi anak-ibu’ ni.
“Oh ya lupa pulak. Ida,kau nak join makan dekat rumah mummy dengan daddy tak? Kalau nak,kau ajak si Zairi sekali.” Syahidah memang sudah terbiasa menggelarkan ibu bapa Aeryn sebagai mummy dan daddy sejak tiga tahun dahulu.
   “Tak apalah Aeryn. Kau balik dulu. Lain kali aku pergi rumah famili kau. Aku makan tengah hari dengan pakcik sebelah ni.” Syahidah berkata sambil menunjuk Khuzairi. Aeryn ketawa terkekek-kekek. “Bye,aku jalan dulu ya.” Aeryn melambaikan tangan kepada Syahidah dan Khuzairi. Mereka membalas balik lambaian tadi.          
   Dia memaut erat lengan Datin Sharifah Nur Sofea manakala daddynya Dato’ Syed Razak dan Syed Adam Aiman pula membuntuti langkahnya. Syed Adam Aiman menolak troli itu tadi.
  Aeryn dan Abang A’eim memasuki tempat duduk belakang kereta Mercedes S350 milik Dato’ Syed Razak. Hari ini Dato’ Syed Razak yang membawa kereta kerana dia telah memberikan Pak Karim cuti sehari.
 “Wow,rindunya bau kereta daddy!” Aeryn berkata. Dato’ Syed Razak dan Datin Sharifah Nur Sofea saling berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum.
    Kereta Mercedes S350 milik Dato’ Syed Razak meluncur laju di atas jalan dan akhirnya sampai di rumah milik ibu bapa Aeryn yang terletak di Sri Hartamas. Aeryn berlari menuju ke pintu depan rumah. Bibik Ely membuka pintu apabila mendengar ketukan di pintu hadapan. 
    Bibik Ely terkedu apabila Aeryn memeluknya erat. Aeryn mengalirkan air mata tidak ketinggalan juga Bibik Ely. Sudah hampir empat tahun Aeryn tidak berjumpa dengan Bibik Ely. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia merenggangkan pelukan dan menyahut panggilan itu.
   “Assalamualaikum Aeryn. Ni aku ni. Kau balik sini atau kau tidur rumah parents kau?” Syahidah bertanya. “Waalaikummussalam Ida. Aku rasa aku nak tidur rumah parents akulah. Dah lama aku tak balik sini. Kau jaga diri kau tu baik-baik. Aku kena pergi dulu ni. Nanti apa-apa hal kau mesej aku atau call aje aku. Bye.” Aeryn memutuskan talian.
   Aeryn berlari ke arah anak tangga dan mendakinya satu persatu. Dia membuka pintu biliknya. Matanya melilau ke sekeliling sudut biliknya itu. Semua barang masih tersusun rapi dari hari dia tinggalkan rumah ini hinggalah ke hari ini. Dia berjalan ke satu sudut bilik di mana terletaknya beberapa buah album gambar.
   Aeryn menarik kerusi lantas duduk di atasnya. Dia membuka satu album kenangan dia bersama kawan baiknya,Airil. Dia meneliti satu persatu gambar dia bersama Airil. Ya,dia tidak salah bahawa lelaki tadi itu memang Airil. Perasaan gembira dan sedih bercampur baur. Bergelinang air matanya apabila dia teringat akan peristiwa pergaduhannya bersama Airil gara-gara si Haikal.
Sepuluh minit selepas peperiksaan besar SPM berakhir...
   “Awak! Dengar apa yang saya nak cakap dulu. Kenapa awak masih suka dekat si Haikal tu? Sedangkan dalam diam ada orang lain yang lebih menyayangi awak.” Tegas persoalan itu keluar dari mulut Airil. Dia sudah tidak sanggup untuk memendam rasa.
     Aeryn berhenti berjalan. Dia memusingkan badan memandang tepat ke arah Airil dengan mata yang tajam. “Cuba awak cakap dekat saya. Siapa orang tu. Saya cuma ada Haikal aje. Kenapa semua orang tak faham isi hati saya? Kenapa Airil kenapa?” Aeryn menjerit bagai orang yang terkena histeria.
 “Aeryn tenang Aeryn. Awak jangan jerit boleh tak. Betul ke awak nak tahu siapa orang yang amat menyayangi awak dari jauh? Kalau awak dah tahu awak akan terima dia ke?”
   “Itu saya tak pasti tapi apa yang pasti saya nak tahu siapa orang itu. Airil you must tell me who the person is. Tolonglah saya rayu.” Suara Aeryn seakan merayu kepada Airil.
“Baiklah kalau itu yang awak mahu tahu. Orang itu adalah saya,Tengku Muhammad Ashraf Khairil. Bolehkah awak menyayangi saya seperti saya menyayangi awak sejak darjah satu?” Tanya Airil.
Aeryn terjelopok di atas kaki lima sekolah. Dia tergamam. Seketika kemudian dia bersuara. “Kenapa Airil? Kenapa? Kenapa saya? Awak tahukan yang saya anggap awak tak ubah macam abang saya sendiri.”
 “Sebab dari hari pertama saya jadi kawan awak saya dah jatuh hati dekat awak. Kenapa awak tak faham lagi Aeryn?”
 “Tak mungkin! Saya bukan....tapi awak...”Aeryn sudah menangis teresak-esak.
    “Awak tolonglah awak. Awak pergi berehat dulu nanti kita cakap.” Airil menarik tangan Aeryn bagi membantunya untuk bangun.
“Tak awak. Saya nak kita selesaikan perkara ini sekarang. Saya memang tak sanggup awak. Kenapa awak menyeksa saya macam ni? Kenapa? Kasihankan saya awak. Itu aje yang saya minta dari awak. Saya tak nak tengok muka awak lagi depan saya. Pergi! Saya cakap pergi!” Dia melepaskan amarahnya kepada Airil sedangkan Airil tidak bersalah langsung dalam hal ini.
+‘Dia berhak mencintai aku. Tapi kenapa aku menyekat keinginannya?’
-‘Kau tak payahlah nak fikirkan pasal budak maniac tu. Dia tak berhak nak suka dekat kau walau sedikit pun.’
+‘Dalam dunia ni siapa yang tak berhak mencintai? Tak salah kalau kita bagi peluang dekat Airil. Kasihan aku tengok dia menderita.’
-‘Apa-apa yang kau fikir akan jadi teruk. Lebih baik tak payah buat apa-apa lagi senang betul tak?’
+‘Betul juga kata kau Miss N. Pertama kali aku setuju dengan pendapat kau. Bravo bravo..’
-‘Kembang seperiuk aku nanti. Jom kita tanya apa kata Miss H’
   ‘Hakikatnya aku tak nak sakitkan hati Airil tapi aku tak sanggup nak terima dia dalam hidup aku sebagai seseorang yang lebih dari gelaran seorang kawan baik atau abang.’ Rimas pula jadinya. Rasanya kepala Aeryn dah nak hampir tercabut dari tengkuk dia dah sebab fikirkan perkara yang dianggap way too childish.
 “Awak ni putus fius ke apa? Dah dah saya tak nak tengok awak melutut tapi apa yang pasti ruang awak di hati saya hanyalah sebagai seorang abang tak lebih dari itu.” Aeryn berkata lemah. Dia meninggalkan ‘scene’ itu tadi dengan langkah yang lemah longlai.
   “Aeryn! Saya tetap akan tunggu awak sampai bila-bila. Kalau awak jumpa saya jangan lari dari saya tau.” Airil menjerit apabila kelibat Aeryn semakin jauh meninggalkannya.
   Ketukan di pintu menyedarkannya. Cepat-cepat Aeryn mengesat manik manik di tubir matanya. Dia berjalan ke meja solek lalu mengambil sebotol bedak dan menyapunya di bawah kelopak mata.
Selepas meratakan bedak di bawah mata dia berjalan menuju ke arah pintu. Pintu dibuka, kelihatan Bibik Ely berada di hadapannya.
Non Aeryn,makan tengah hari udah bibik  siapin. Mami dan papi non suruh non turun.” Bibik Ely berkata dengan dialek Indonesianya walaupun sudah 5 tahun dia bekerja dengan keluarganya.
  “Sayang Bik Ely. Bik Ely turun dulu nanti saya ikut.” Satu ciuman singgah di pipi Bibik Ely.
 “Ada-ada aja kamu ini. Ya udah nanti kamu turun ya. Bibik turun dulu. Da.” Bibik Ely menuruni tangga satu persatu. Aeryn menutup suis penghawa dingin di biliknya serta suis lampu. Dia tidak suka membazir kerana arwah nenek pernah berkata bahawa membazir itu amalan syaitan.
“Wow,bau apa ni mummy? Bik? Sedapnya.” Aeryn menarik kerusi di meja makan lalu duduk bersebelahan dengan Datin Sharifah Nur Sofea. Bibik Ely menghidangkan lauk kesukaan Aeryn,sambal tumis udang dan kangkung goreng belacan.
Aeryn menyenduk nasi untuk semua orang dan orang terakhir yang dapat nasi adalah Aeryn. Lebih sopan jika memberi kepada orang dulu baru kita ambil,kata-kata arwah nenek masih kuat tersemat dalam ingatan. Macam selalu Syed Adam Aiman akan membaca doa makan. Selepas makan Aeryn membantu Bibik Ely mencuci pinggan.
   ‘Anak dara mummy kena selalu buat kerja-kerja rumah tau. Nanti kalau kahwin senang sikit. Tak adalah nak bebankan suami aje. Lupa pulak mummy. Asyik cakap pasal kahwin ni nak tanya Aeryn dah ada calon suami ke? Mummy teringin sangat nak menimang cucu. Yalah umur dah makin menigkat takut aje tak sempat. Kalau belum ada calon mummy dah ada calon dah. Aeryn fikir-fikirkan ya sayang?’ Terngiang-ngiang kata-kata mummynya tadi  ketika berada di ruang dapur.
“Ini yang beban ni. Mummy dah mulalah ‘aura cari jodoh’ dia tuh. Nak korek mana suami ni? Dahlah aku belum ada calon lagi. Janganlah mummy oi pergi cari laki untuk aku. Tak hingin aku entah orang mana dia cekup buat suami aku tah.” Aeryn bermonolog sendirian di biliknya. Dia meramas-ramas rambutnya. Pening-pening kepala ni jadinya.
    Dia berfikir di atas katil sampai dia terlelap. Azan Asar mengejutkan Aeryn dari tidurnya. Dia melihat jam dinding di bilik menunjukkan pukul 4.30 petang. Nasib baik sebelum tertidur dia telah menunaikan Solat Zohor. Dia bangun lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai menunaikan Solat Asar dia turun ke bawah menuju ke ‘Taman Mini Malaysia’ mummy dekat halaman depan.
   Landscape di halaman depan memang cantik. Terdapat taman kecil yang mempunyai beberapa jenis bunga kesukaan Datin Sharifah Nur Sofea iaitu bunga orkid,bunga seri pagi serta bunga teratai di dalam kolam ikan. Di atas kolam ikan terdapat gazebo kecil dan sebuah buaian di dalamnya. Di tepi ‘Taman Mini Malaysia’ Datin Sharifah Nur Sofea terdapat satu kolam renang.
  Masa kecik-kecik dulu,Aeryn suka sangat main air dekat tepi kolam renang. Kalau boleh setiap hari nak pergi. Kenangan-kenangan yang manis sangatlah katakan.
   “Hoi,hoi maikcik apa berangan-berangan petang hari,ni?” Sergah Syed Adam Aiman.“Oh mak kau meletup.” Melatah Aeryn apabila disergah begitu. Syed Adam Aiman melepaskan tawanya. Sungguh dia tidak tahan melihat Aeryn melatah.
Heish,Abang A’eim ni. Nak adik pendek umur ke ha? Dah tahu orang kuat melatah lagi main-main macam tu. Lain kali berilah salam ke,‘selamat petang adik’ ke,ini tak main hoi,hoi dengan orang pulak.” Marah Aeryn. Syed Adam Aiman menjelirkan lidah lalu lari ke arah taman.
    ‘Lebih baik cabut sebelum ‘Gunung Berapi Krakatau’ meletup’. Syed Adam Aiman berkata di dalam hati sambil melarikan diri.
“Hoi budak,tunggu!” jerit Aeryn. Dia menangkap abangnya lantas memukul lengan Syed Adam Aiman. “Perghh..berbisa sudah. Pedih ni. Abang bagi tahu mummy yang Aeryn buat macam ni dekat abang, Sampai hati.”Syed Adam Aiman membuat lakonan ‘merajuk’nya.
    “Eleh merajuk konon. Dah tak berkesan dah taktik abang tu.” Aeryn berkata sambil menjelirkan lidah. “Wekkk..” Ejek Aeryn.
‘Ha.ha.  Lawak sungguh adik aku seorang ni. Kononnyalah lawak.’ Bisik Syed Adam Aiman.
 

  Aeryn menghabiskan masanya seharian bersama keluarga. Hari ini dia akan pulang ke apartmentnya. Pin..pin..hon kereta Honda Accord milik Syahidah berbunyi. Sudah dua kali dia membunyikan hon. “Haiyaah lambatnya makcik seorang ni. Dahlah aku ada somewhere to go sekarang ni.” Syahidah menunjukkan rasa tidak puas hatinya di dalam kereta.
     Tiba-tiba kelibat Aeryn baru kelihatan dengan membawa luggage bag sebesar gajah. Tak ada besar mana pun tak sampai pun saiz anak gajah. Selepas meletakkan beg ke dalam boot kereta,Aeryn masuk dan duduk di seat sebelah pemandu. Syahidah menekan padel minyak meluncur di kawasan perumahan di Sri Hartamas.


**P/S: Ini bab 2 saya.Dekat facebook ada orang yang telah tolong saya memperbaiki bab ini.Saya rasa bab ini tiada masalah dari segi cerita dan plot.Tapi masih ada masalah dengan tulisan yang kadang-kadang gila.Harap maklum saya minta maaf banyak-banyak atas kesulitan yang dihadapi.Harap awak semua suka baca bab 2 ini sebanyak mana awak suka baca bab 1.


*Bab 2 ini hanya ada sedikit kesalahan dari segi rupa tulisan yang mungkin bold dan mungkin tidak pada sesetengah ayat.Harap maaf.*
Assalamualaikum.
Love, Lilac Nisse. <3

0 Suka Baca Novel Ni:

Post a Comment