Pages

BaB 5 : Kata Tak Terungkap

   SEBULAN sudah tempoh pertunangan Aeryn dengan Airil. Hanya tinggal satu bulan setengah sahaja sebelum mereka sah bergelar suami isteri. Hari ini atas urusan kerja,Aeryn terpaksa pergi ke London. Sambil menyelam sambil minum air,itulah perkara yang selalu Aeryn buat jika ada lawatan kerja ke luar negara. 

    Yang lagi mengasyikkan ialah lawatan kerjanya di London selama tiga minggu. Syahidah juga dipaksa Aeryn untuk ikut sekali. Gilalah kalau tiga minggu tak ada kawan boleh jadi tidak waras beb.
Dua minggu yang lalu Aeryn terpaksa berjumpa dengan Airil atas desakan semua orang yang membuatkan dia rimas. Tapi terpaksa jugalah dia menghadap muka Airil.
   Perjumpaan mereka yang pertama selepas beberapa tahun tidak bersua. Airil sememangnya semakin tampan. Hampir-hampir sahaja hati Aeryn cair tetapi dia segera mengawalnya.
Aeryn memilih untuk berjumpa di Ice Room,Kota Damansara. Tempat kegemaran Aeryn untuk melepak jika tiada kerja untuk dibuat. Dia memilih untuk duduk di bahagian atas bangunan dan bersebelahan dengan tingkap.
   Aeryn memesan spaghetti with black pepper beef dan juga tropical mixed fruit kegemarannya jika datang bertenggek di Ice Room. Airil pula memesan makanan yang simple iaitu famous fried rice and tropical mixed fruit. Aeryn duduk berhadapan Airil sambil termenung jauh memikirkan nasibnya nanti.
   Airil berdeham beberapa kali. Dia mengambil sebuah beg kertas bercorak bunga yang terletak di tepinya itu. Airil menghulurkan beg tersebut kepada Aeryn. Aeryn memandang beg itu dan muka Airil silih berganti. Macam tidak percaya sahaja.
     “Ni hadiah awak dari saya. Ambillah. Saya tak nak apa-apa balasan pun. Ini ikhlas dari saya untuk awak.” Ucap Airil ceria.
Aeryn mengambil beg kertas itu perlahan-lahan. Dia melihat isi kandungan beg tersebut. Sungguhlah dia terkejut. Sebuah kotak kamera Canon 7D terletak rapi di dalamnya. Tidak ketinggalan juga sebuah lensa jarak dekat jauh 18-135mm. Beg sandang untuk letak kamera dan barang yang sewaktu dengannya juga ada.
 Aeryn tergamam. Kamera yang dia idamkan selama ini telah dihadiahkan oleh Airil. Bukan dia tidak mampu untuk beli tetapi rasa seperti tidak berbaloi jika beli. Kamera kesayangannya juga yang dia pakai sejak berumur 20 tahun sehingga sekarang. Ini merupakan satu kejutan yang besar buatnya.
  Pelayan itu datang untuk memberi makanan yang telah dipesan oleh mereka. Aeryn bersuara sejurus selepas pelayan itu meninggalkan mereka “Awak ambil baliklah kamera ni ek! Saya rasa tak perlulah awak nak bazir duit banyak-banyak untuk saya.” Aeryn menghulurkan semula beg kertas itu tadi.
   Tetapi Airil menolaknya kembali. “Saya belikan untuk awak. Saya tak rasa pun saya rugi apa-apa kalau saya belikan untuk tunang saya kan?” Airil sengaja menekankan perkataan tunang itu. ‘Eeekkk,tolonglah jangan sebut tunang. Geli geleman seluruh anggota badan ni.’
Err..urmm...” Tergagap-gagap Aeryn ingin berkata. Tidak pasti apa yang ingin dia balas balik. Airil menunggu jawapan yang akan diluahkan Aeryn tetapi hampa kerana Aeryn terus melarikan diri dari topik kamera tadi.
   Aeryn menghabiskan suapan terakhir spaghettinya itu. Sungguhlah berbesar hati kerana dapat makan di Ice Room setelah sekian lama tidak bertenggek. Airil juga telah menghabiskan suapan terakhir nasi gorengnya.
    Mereka ingin beredar kerana sudah hampir sejam mereka berada di sana. Sepanjang tempoh makan mereka lebih mendiamkan diri daripada bercakap kosong. Lagipun apa yang perlu mereka tahu tentang pasangan masing-masing? Sedangkan mereka telah lama berkawan.
 Airil menghulurkan beg kertas tadi kepada Aeryn dengan muka yang penuh mengharap. Aeryn terpaksa menerimanya kerana kesiankan Airil. Tidak mahu dia kecewa dengan (urghh ayat yang paling Aeryn tak suka) ‘tunang’nya terpaksalah dia memaniskan muka dan menerima hadiah itu.
   Terasa kepalanya ditolak,dia menoleh ke kiri. Rupanya si Syahidah yang gatal tangan ni. “Hoi cik kak,termenung jauh nampak. Teringatkan bakal suami ke?” Sengaja Syahidah menggunakan peluang keemasan untuk menyakat Aeryn.
 “Banyaklah kau. Tak ada maknanya okay. Dah,dah jangan sibuk nak berkepit dekat sini. Barang kau dah kemas ke belum? Esok dah nak pergi tau.” Bebel Aeryn. Dia cakap dekat orang tapi diri sendiri tak tengok. Barang pun tak tersentuh lagi. Syahidah memandangnya penuh makna.
“Okay aku tak patut cakap dekat kau sedangkan aku pun tak siap lagi kan!” Sudah dapat diagak apa yang akan Syahidah katakan. Maka dengan cepatnya dia yang menjawab sebelum Syahidah sempat untuk buka mulutnya. “Pandai pun anak mami ni.” Syahidah mengusap rambut Aeryn. Sengaja. Dia tahu pantang kalau ada orang yang mengusik rambutnya tidak kira baru bangun tidur ke atau sebelum melelapkan mata untuk tidur.
   Aeryn membuat muka  geram. Satu cubitan singgah di lengan Syahidah. Terjerit kecil Syahidah dibuatnnya. “Padan muka kau.” Aeryn menarik sengih. Syahidah mencebik.
“Dah,dah pergi kemas cepat. Dahlah pergi untuk tiga minggu kalau baju kau tak cukup dan kalau kau malas nak beli tak payah pinjam aku punya sebab aku tak akan bagi pun.”
  “Loyar buruk nampak. Kau keluarlah aku nak kemaskan barang aku. Kalau kau nak tinggal dalam bilik ni lama-lama,kau kena tolong aku kemas barang-barang aku. Nak tak?”
Of courselah tak nak. Okaylah aku keluar dulu nak solat lepas tu tidur. Esok pukul tujuh setengah pagi dah kena gerak pergi airport kan? Flight pukul sebelas kan?” Sahlah Syahidah seorang yang pelupa.
   “Iyee sayang. Dah pergi tidur aku nak kena pack baju-baju aku ni. Kalau kau nak menyibuk baik kau keluar sebelum kau jadi kuli aku.” Aeryn tersengih penuh makna. Cepat-cepat Syahidah keluar dari bilik. Takut jadi kulilah tu. Aeryn gelak seorang diri.



 MEREKA tiba di London pada jam dua belas tengah malam waktu London. Mereka perlu menukar pesawat kerana kapal terbang KLM Royal Dutch dari Malaysia hanya terbang ke Amsterdam. Dari Amsterdam mereka menaiki lagi sebuah pesawat KLM Royal Dutch yang menuju ke Lapangan Terbang Heathrow,London.
 Sesampainya di sana,pemandu dari The Connaught Hotel,London sudah lama menanti kehadiran mereka. Pemuda itu memasukkan bagasi-bagasi milik mereka ke dalam boot van hotel mereka.
   Selepas urusan untuk check-in selesai,mereka bergerak untuk masuk ke bilik. Buka-buka pintu aje Aeryn terus berlari ke arah katil. Dia menghempaskan badannya. Mata dipejamkan. Baru sahaja dia hendak tidur datang pula bebelan dari mulut Syahidah.
 “Kalau ya pun kau nak tidur,sekurang-kurangnya tukarlah baju dulu ke apa. Ni tak masuk aje tup tup dah landing atas katil.” Syahidah membawa masuk bagasi mereka ke dalam bilik. ‘Mak aih berat gila beg-beg ni. Yang budak ni pun orang suruh tolong tapi dia dah terbongkang atas katil dah.’ Syahidah merungut.
    “Hurm. Aku ngantuklah esok ajelah aku buat. Bukan orang nak tahu aku tidur pakai baju apa pun.” Dengan mata yang terpejam Aeryn berkata. Syahidah menggelengkan kepalanya.
  Selepas Solat Subuh awal pagi tadi,Aeryn mengemas pakaian-pakaiannya dan dimasukkan ke dalam almari begitu juga dengan pakaian milik Syahidah.
     Dia tidak jadi untuk tidur kembali maka dia memanaskan air untuk diminum. Aeryn mengambil komputer ribanya dan suis on ditekan. Tetikus menekan file Photoshop. Terpaksa jugalah dia merajinkan diri untuk melukis menggunakan tetikus. Aeryn lebih gemar melakar menggunakan tangan daripada tetikus di Photoshop.
     Aeryn menguap beberapa kali. Nasib baik air sudah dipanaskan. Sepeket serbuk Vico diambilnya lalu dituangkan ke dalam cawan yang tersedia. Separuh air panas di masukkan. Aeryn membuka peti sejuk dan mengeluarkan air sejuk dan dituangkan separuh gelas.
    Dia berjalan kembali menuju ke meja yang terletak komputer riba Samsung miliknya. Pagi yang membosankan. Selepas Solat Subur tadi Syahidah mengqada’kan tidrunya. Jenuh dia mencari idea tetapi tiada satu pun yang masuk. Semuanya masuk telinga kanan tapi tak nak berhenti rehat terus keluar telinga kiri. Ha. Ha. Gelak sorang-sorang pagi buta nampak macam orang gila aje. Aeryn tersenyum sendirian.
     Masa bergerak dengan pantas,matahari sudah hampir kelihatan. Aeryn mengerling jam di telefon,pukul 7.30a.m. ‘Wah,pagi-pagi macam ni seronok kalau nak pergi ambil angin dekat luar.’ Aeryn mencapai cardigan hitam lalu disarungkan ke tubuh. Rambutnya yang panjang paras dada diikat sanggul. Nasib dia sudah mandi awal-awal lagi.
     Aeryn mencapai telefon bimbitnya dan juga dompet. Dia menyarungkan selipar yang baru dibelinya dua minggu lepas. Tali kamera Canon 7D disandangkan ke bahu. Untung dapat kamera baru. Keluar aje dari hotel terus terasa sejuk. Di London cuaca paginya tidak sama seperti di Malaysia. Jika di Malaysia pagi-pagi pun dah panas tapi bukan di London udaranya nyaman di waktu pagi.
   Aeryn berjalan kaki menuju ke Mount Street Gardens. Walaupun hanya jauh sedikit tetapi amat berbaloi. Sambil berjalan,tangan itu tidak henti-henti menekan punat pada kameranya. Bertuah sungguh dia bawa lensa simpanan yang dihadiahkan Airil dua minggu yang lepas. Pemandangan disekitar Mount Street Gardens sungguh cantik.
   Aeryn berasa kagum melihat flora dan fauna disekelilingnya. Deringan pada telefon bimbitnya merosakkan suasana yang indah tadi. ‘Kacau daun betullah orang ni.’ Dalam hati Aeryn menyumpah-nyumpah si pemanggil. Punat hujau ditekan kasar. Geram. “Assalamualaikum.” Aeryn berkata mendatar.
Waalaikumussalam. Ryn apa pasal kau tinggal aku seorang diri dekat bilik? Kau dekat mana? Asal kau tak kejut aku tadi?” Sedas soalan meluncur keluar dari mulut Syahidah.
  ‘La kawan aku rupanya. Ingatkan siapatah tadi.’ Dia menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Menyesal dia menyumpah-nyumpah tadi. Sekali yang kena si Syahidah pula.
Alalala sayang. Sayang cari mama ya. Mama dekat Mount Sreet Gardenslah sayang. Kenapa nak join?” Kononnyalah dia ingin memujuk tetapi lebih kepada sindiran sebab Syahidah sambung tidur tadi.
    “Kau ni pun gurau tak kena tempat betullah. Kau dekat mana? Dekat tak dengan hotel?”
    “Kau tak payah risaulah. Kejap lagi aku balik dalam masa setengah jam lagi. Ada pemandangan cantik,aku tak nak lepaskan peluang. Aku balik nanti kau dah kena siap. Pergi breakfast dekat cafe hotel. Then aku nak bawa kau jalan-jalan sekitar sini.” Aeryn memberi arahan tegas.
 “Okay tapi kau jangan lambat-lambat tau! Aku bosan duduk seorang dalam bilik ni.” Syahidah merengek. “Baiklah wahai tuan puteri. Hamba akan sampai dalam masa setengah jam lagi.” Aeryn ketawa mengekek.
Assalamualaikum.” Aeryn memutuskan talian. Dia menyelukkan kembali telefonnya ke dalam kocek seluar. Aeryn menyambung kerja yang tergendala tadi.
  Dia amat berpuas hati kerana dapat menangkap beberapa gambar pemandangan di Mount Street Gardens tadi. “Wah lepas ni bolehlah upload banyak-banyak letak dalam blog.” Gumam Aeryn dengan bangganya.
    Kelibat Syahidah sudah kelihatan di kawasan lobby  hotel dengan muka masam yang lebih masa dari cuka. Aeryn tersenyum. Dia tahu sebenarnya dia sudah terlewat sepuluh minit. Aeryn berjalan menuju ke arah Syahidah dengan sengihan macam kerang.
   Buat kali ke berapa entah dia terlanggar dengan seseorang. Malang betul nasib Aeryn. Dalam setahun hampir lima kali terlanggar orang. Dia menggosok dahi yang terasa sedikit sengal dek terlanggar dagu orang. ‘Sah orang ni buta. Jalan tak tengok depan.’ Aeryn mendengus kasar.
   Aeryn mengangkat mukanya. Terasa darahnya membeku seluruh badan. ‘Kenapalah dalam banyak-banyak tempat aku jumpa dia dekat sini.’ Gumam Aeryn geram.
   “Aeryn awak okay? Maaf saya tak sengaja.” Ucap Airil bersalah. Dia cuba memegang dahi Aeryn tetapi Aeryn pantas menepis. Aeryn menggelengkan kepalanya. “Saya okay. Baiklah saya nak pergi dulu nanti Syahidah terpaksa tunggu saya lama-lama pula. Kesian dia.” Aeryn cuba meraih simpati agar dia dapat pergi dengan segera.
“Betul ni awak tak apa-apa?” Tanya Airil tak percaya akan kata-kata tunangnya itu. Aeryn mengganguk dan ingin berlalu pergi. Airil nampak yang Aeryn akan berlalu pergi maka dia cuba memancing perbualan Aeryn.
   “Awak datang sini buat apa Ryn?” Aeryn menoleh geram. Dia memberikan jelingan kepada Airil. “Saya datang sini nak cuci kain.” Jawab Aeryn sarkastik. Tergelak besar Airil dibuatnya. Lagilah meluat Aeryn menengok.
  “Nak cakap apa lagi Encik Airil? Kalau tak ada apa-apa nak dikatakan bolehlah saya gerak dulu. Ada orang menunggu kehadiran saya sekarang.” Aeryn berjalan sepantas yang boleh.
“Aeryn wait up.” Airil mengekori langkah Aeryn. ‘Dia ni tak faham bahasa ke. Buat sakit hati aje.’ Bentak Aeryn dalam hatinya. Geram. Airil tersengih macam cheese busuk. Aeryn mempercepatkan langkahnya.
   Dia sudah terlewat lima belas minit angkara pakcik ni punya pasal. Syahidah pula lagi buat Aeryn sakit hati. Sampai sahaja di sana sudah mula buka mulut membebel itu ini. Sungguhlah perasaan Aeryn tidak tenteram kala ini. Rasa macam nak lempang-lempang aje muka Airil. Syahidah pun sedap ni kalau bagi satu free slap baru dia orang tahu.
  “Apa pasal kau lambat sangat ni? Aku tunggu kau sampai kaki aku macam nak patah seribu tahu?” Dengan lancarnya bibir comel milik Syahidah membebel.
 “Aku tak tahu pun kau tunggu aku sampai kaki kau nak patah. Kau tak bagitahu mana aku nak tahu.” Balas Aeryn geram.
Chaitt,loyar buruk nampak. Tak apa kau Aeryn. Loyar buruk aje pun jangan sampai jadi loyang karat sudahlah.” Syahidah tawa lepas. Tergelak dia bila nampak perubahan ketara di wajah Aeryn. Aeryn seakan-akan blurr dengan apa yang dikatakan oleh Syahidah ataupun buat-buat blurr sahaja?
   Aeryn masih dengan riak muka yang sama. Syahidah mencuit bahunya. “What?” Tanya Aeryn sedikit tinggi suaranya. Tersentak maybe. “Kau dah mengelamun jauh sampai mana ni? Planet Zuhal? Aku tanya kau apa pasal tak jawab?”
“Kau tanya aku apa tadi? Aku tak dengarlah.” Jawab Aeryn ringkas menimbus kesalahannya.
  “Aku tanya kau bila nak gerak-gerak ni? Hampir sejam kita orang duduk dekat spot yang sama aje.”
“Oh,itu ke yang kau nak tanya? Sekarang juga aku bawa kau pusing-pusing area sini tapi kau tunggu sekejap. Aku nak masuk bilik ambil beg rahsia aku tu.” Aeryn berlari-lari anak mendapatkan lif yang hampir tertutup pintunya. Dia meminta maaf kepada semua penghuni lif tersebut. ‘Selamat jugak aku dapat masuk dalam lif kalau tidak terpaksa tunggu lama-lama.’ Aeryn menarik nafas lega.
Keluar keluar aje dari perut lif dia terpandang akan sesusuk tubuh yang dia amat mengenali. “Malaun ni lagi. Harap dia tak perasan aku. Lebih baik aku pergi cepat-cepat sebelum malaun ni toleh belakang.” Gumam Aeryn perlahan. Tetapi suaranya sudah sampai ke telinga ‘malaun’ yang digelar Aeryn. Airil menoleh kebelakang dengan senyum nakalnya.
    “Pardon?” Soal Airil sengaja. Macamlah dia tidak tahu apa yang Aeryn katakana sebentar tadi walaupun perlahan tapi jelas di pendengarannya. Aeryn mula tidak keruan sewaktu Airil mula mendekatinya. Dia cuba untuk bergerak kebelakang dan akhirnya terlanggar dinding hall di belakangnya. “Aduh.” Aeryn menggosok belakangnya.
  “So Sharifah Syaqila Ariana Syed Razak. What did you called me? ‘Malaun’ you say?” Sengaja Airil berkata dalam nada marah yang dibuat-buat. Dia cuma ingin melihat wajah takut Aeryn sebab ianya sungguh comel. Percayalah.
    “Urhmm.. I didn’t say anything did I?” Aeryn seakan-akan mengajukan soalan itu kepada dirinya sendiri. Wajah Aeryn kelihatan seperti orang koma sahaja. Putih akibat pucat. Airil tergelak melihat wajah Aeryn.
  Terasa pipinya panas. Malulah agaknya. Aeryn tertunduk. Dia cuba untuk melarikan diri dengan memboloskan diri dibalik pintu bilik tetapi gagal. Aeryn mengetap bibir. Dia menghentakkan kaki tanda protes. “Eh,tepilah orang nak masuk bilik ni.” Rungut Aeryn.
   Airil selamba badak aje halang jalannya. Orang suruh pergi buat-buat tak dengar. “Shoo kucing shoo. Saya nak masuklah Airil sayang.” Aeryn menekankan perkataan sayang itu. “My pleasure. Please do come in my sweetheart.” Sakat Airil sambil mempelawa Aeryn masuk ke biliknya sendiri. Aeryn berjalan masuk dan menghempaskan pintu. Beg diambil dari atas kerusi. Dia melihat penampilannya di cermin berulangkali. Kemudian dia mengambil lip balm dan di ratakan ke bibirnya. Rambutnya disisir lembut ke belakang. Cardigan dibetulkan. Dia mengambil cekak yang berada di atas meja dan disarungkan di kepalanya rapi.
 Aeryn menyarungkan seliparnya dan keluar dengan beg kesayangannya itu. Dia tersenyum gembira. Namun senyuman itu mati tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata milik Airil. ‘Apa lagi yang dia nak ni?’ Bentak Aeryn di dalam hati.
  Dia terus melarikan pandangannya. Dia tahu Airil sedang merenungnya kala itu. Dia berasa sungguh tidak selesa. Aeryn memberikan jelingan maut kepada Airil tetapi dia buat-buat tidak nampak. Sebenarnya Airil sengaja ingin meluangkan masa dengan Aeryn maka dia terpaksalah buat begini kerana abangnya dan juga A’eim yang memberikan cadangan tersebut.
   “Airil,I really have to go now. Pleasee..!” Aeryn membuat muka kesian. Mata dibesarkan.
“Okay,awak boleh pergi.” Airil mengalah. “Tapii...............” Meleret-leret ‘tapi’ si Airil itu. Mesti ada agenda yang lain ni. Aeryn mencebik. Tahu sangat dia akan perangai Airil itu. Suka sangat letak syarat. “Awak kena pergi jalan-jalan dengan saya esok. Boleh kan?”
    “Okay tapi saya tak janji tau. Banyak lagi sketch yang saya kena siapkan dulu.” Aeryn berdalih.
  “Kalau tak esok,lusa kalau tak lusa,tulat. Ya tak?” Aeryn menepuk dahi. Lupa. Aeryn menjerit sekuat hati tapi tak terkeluar juga suaranya yang ‘merdu’ itu.
  “Oh baiklah. Tengoklah dulu kalau saya free. Nanti apa-apa hal awak mesej nombor sayalah. Mungkin cancel ke tak jadi ke.”
“Eh bukan cancel dengan tak jadi sama ke?” Soal Airil pelik. Yalah bukan dua patah perkataan tu sama maksud ke?
  “Oh,ha’ahlah. Saya tahulah maksud dia sama tapi tak salahkan saya pakai.” ‘Oh My English. Eh apa kena mengena pula dengan ayat yang aku pakai? Peliknya aku ni.’ Hati Aeryn berkata-kata.
Aeryn tersenyum sambil berlalu pergi. Tercuit hatinya tadi apabila Airil memberikan kepadanya hadiah buat kali kedua. Kali ini Airil menghadiahkannya pashmina berwarna pink lembut. Pada mulanya dia teragak-agak untuk mengambilnya. Mana dia pernah pakai pashmina seumur hidupnya. Kalau dekat leher pun tak pernah pakai apatah lagi dekat kepala. Akhirnya hatinya tergerak juga untuk mencapai pashmina yang dihulurkan Airil.



PUAS mereka tawaf satu Bandar Mayfair. Ada jugalah barang yang dibeli. Aeryn sempat membeli lipgloss yang baru. Lipgloss yang dibawanya dari Malaysia baru sahaja habis digunakan pagi tadi. Syahidah pula beli blouse kembang warna biru laut. Dia syok sangat dekat baju tersebut semasa mereka memasuki sebuah kedai tidak jauh dari hotel. Beria-ria Syahidah mengajak Aeryn memasuki kedai tersebut.
   Aeryn memberatkan badannya tanda protes. Sebenarnya dia sudah penat berjalan. Sekarang pula Syahidah nak ajak dia masuk butik baju tu. Aeryn membuat muka kesian meraih simpati tetapi muka Syahidah tetap sama ‘tiada simpati’. Aeryn hampa. Dia berjalan masuk ke butik itu secara malas dan terpaksa. Aeryn tidak lekang dengan cebikkan dibibirnya.
      Dia ternampak akan sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Aeryn mengamati wajah pemuda itu penuh tekun. Dah rabun tapi tak nak pakai kaca mata. Inilah akibatnya kalau nak tengok orang mesti tengok lama-lama baru kenal. Pemuda itu sudah tersenyum dan mula melangkah mendekati mereka berdua. Syahidah sudah tersengih-sengih. Bila pemuda itu berada di depan mata, mahu ternganga mulutnya. ‘Apasallah aku selalu nampak pakcik ni di mana sahaja aku pergi.’ Hati Aeryn berbisik geram.
   “Hai Syahidah. Hai sayang.” Penekanan pada perkataan sayang tersangatlah wajib ke? Aeryn menjeling. “Apa sayang sayang? Bila masa saya jadi sayang awak ni?” Soal Aeryn dalam nada tak berpuas hati. ‘Sesuka hati dia aje nak panggil aku sayang. Dahlah depan si Ida pula tu.’ Omel Aeryn.
     Syahidah dan Airil sudah ketawa lepas. Dari tadi asyik senyum maka pecahlah ketawa mereka. Hampir semua orang dalam butik itu memandang mereka bertiga. Aeryn tertunduk malu. Dua orang ni yang buat tapi Aeryn yang dapat malu. Aiseyh..memang nak kena belasah jugalah si Syahidah ni.
   Aeryn melangkah keluar dari butik dan ingin berlalu menuju ke hotel penginapan mereka. Buat kerja lagi bagus dari duduk melayan dia orang berdua. Langkah dipercepatkan. Air matanya terasa tidak bernilai kini. Dia tidak suka diketawakan oleh orang yang pernah dan masih rapat dengannya. Terasa diri Aeryn begitu kecil. Terasa diri dipermainkan. Terasa segala yang buruklah,senang cerita.
    Air matanya seperti tidak mahu berhenti turun. Makin diseka makin laju menuruni pipinya yang putih gebu itu. Kelihatan Airil sedang mengejarnya tidak jauh di belakang. Makin dikejar makin laju langkahnya. ‘Airil tak guna. Ketawakan aku depan Syahidah. Sampai hati.’ Gumam Aeryn perlahan. Matanya makin kabur dek air mata yang membasahi tubir matanya. Aeryn terlanggar seketul batu diatas jalan lalu jatuh tercium jalan dan akhirnya rebah. Sebenarnya Aeryn bukanlah kuat sangat. Dia juga ada hati dan perasaan. Perempuan mana yang tidak terasa jika seseorang mengatanya di hadapan orang lain.
      Segala-galanya hitam dimatanya tadi dan kini sudah kembali cerah. Matanya melilau ke serata ruang bilik hotel. Macam mana dia boleh berada di sini sedangkan tadi di tempat lain. Aeryn mushkil. Mata Aeryn merenung anak mata milik Syahidah minta penjelasan. Syahidah serba salah. Dua tiga kali menarik nafas berat lalu mengeluh.
   “Kalau aku bagitahu kau,kau jangan terperanjat okay. Please.
 “Okay I’ll try not to.” Balas Aeryn tidak sabar.
    “Tadi masa kita orang pergi shopping,kita terserempak dengan Airil kan.” Aeryn mengangguk. “Then lepas berborak sikit kita orangkan ada tertawakan kau. Kau geram lepas itu kau lari keluar dari butik. Masa Airil kejar kau,kau terlanggar batu. Kau jatuh dan pengsan. Airil dukung kau masuk bilik kita. Dia pergi panggil doktor. Semua hal dia dah settlekan.” Terbuntang mata Aeryn.
 “Apa maksud kau? Aku tak faham.” Aeryn keliru mendengar penjelasan Syahidah.
    “Aku kena ulang lagi ke?” Tanya Syahidah malas. Sebenarnya dia sudah penat sejak pagi tadi lagi hingga sekarang,hampir senja. Aeryn mengganguk lagi. Syahidah mengeluh.
 “Aku pendekkan. Kau pengsang tadi,dia tolong angkatkan kau. Semua hal dia dah uruskan.” Selafaz sahaja Syahidah berkata macam lafazkan akad aje gayanya. Kali ini mata Aeryn makin besar dari yang sebelumnya.
   “Okay.” Balas Aeryn sepatah. Dia  cuba untuk bangun tapi sakit. Tangannya luka teruk. Mukanya juga ada kesan calar akibat terjatuh tadi. ‘Malangnya nasib.’ Gumam Aeryn perlahan. Sesusuk tubuh milik Airil sedang berjalan menapak ke sisi katil dari arah luar bilik. Plastik ubat tingan dibuka dan Airil mengeluarkan ubat dari plastik. Dia mengambil tempat di hujung birai katil. Air dicapai dan disuakan ke arah Aeryn bersama pil ditangan.
    Aeryn mengerutkan dahi tanda tidak faham. “Your medicine my dear Aeryn.” Aeryn membuat bentuk ‘o’ pada bibirnya. Dia menggangguk dan menadah tangan.  Ubat itu bertukar tangan. Aeryn teragak-agak untuk menelan pil tersebut. “Kenapa tak telan lagi ni Ryn?” gasak Airil. “Uhhh pil tu besar sangatlah. Potongkan boleh tak?” Tanya Aeryn serba salah.
     “Saya tak pernah pun dengar ada orang pernah makan ubat separuh separuh. Awak ni aje yang pelik. Meh sini ubat tu. Budak kecil betullah awak ni.” Airil mengambil ubat ditangan Aeryn dan dibelah dua menggunakan pisau lipatnya.
       “Awak lepas awak makan ubat saya nak cakap dengan awak sekejap. Boleh?” Aeryn mengganguk sebelum menelan pil-pil tersebut. ‘Pahitnya’ gumam Aeryn. Tergelak Airil dibuatnya. Reaksi Aeryn ketika menelan ubat memang lawak. “Apa gelak-gelak? Ada hutang ke?” Airil tidak berhenti mentertawakan Aeryn. Makin kuat ada lah. Tangan Aeryn pantas mencubit lengan Airil. Biar padan muka dia. Airil mengerang kesakitan. “Ouch. Sakitlah wak. Awak ni ganas rupanya. Selama saya kenal awak tak tahu pun awak macam ni.” Airil mengusap-usap lengan yang terasa pedih.
    “Lah awak baru tahu ke yang saya ni ganas? Kesiannya wak. Awak dah ketinggalan zaman dah wak. Alalala sakit ya? Padan muka awak. Siapa suruh awak gelakkan saya?” Jawab Aeryn geram. Airil mencebik.
    Tercuit hatinya dengan perangai manja Aeryn yang secara tiba-tiba muncul kembali. Sejuk hatinya dengan perubahan Aeryn. Tidak apa selama tiga minggu Aeryn di sini,dia akan cuba sedaya upaya untuk mencairkan hati batu milik Aeryn. Dia akan berusah untuk memikat buah hati dalam diam sebelum mereka sah bergelar suami isteri nanti. ‘Airil hwaiting.’ Airil melaungkan kata-kata semangat di dalam hati.
    “Apa yang tersenyum sorang-sorang ni? Kena sampuk ke?” Airil dengan pantas menekup mulutnya. Wajahnya ditundukkan. Malu. “Eleh,malu konon. Pigidah. Nak malu apanya wahai Encik Muhammad Ashraf Khairil.” Aeryn mengusik. Sudah pandai ya Aeryn mengusik tunangnya. Dulu pandang pun tak nak tapi sekarang dah ada perubahan ni.
   “Ehem. My name ada Tengku okay. Tengku Muhammad Ashraf Khairil Tengku Sulaiman ya sayang. Bukannya Muhammad Asrahf Khairil.” Airil menybut namanya satu persatu. Sengaja mengusik. Aeryn mencebik. Dia sepak peha Airil tanda protes. Nasiblah sebab Airil duduk di hadapannya. Dahlah dapat tendangan percuma pula tu.
    “Eh ada saya kisah ke? Bukan saya nak ambil peduli pun nama penuh awak tu. Tak kuasalah saya nak menghafal nama awak.” Aeryn menarik selimut menyelubungi dirinya. Dah rupa macam bantal peluk dah. “Nanti kalau tok kadi tanya awak tahu nama penuh bakal suami awak. Then awak kata awak tak tahu or tak ingat,nanti semua orang tertawakan awak tahu.”
      ‘Adoi,dah pandai berceramah pula si Airil ni. Dah mengalahkan penceramah pulak.’ Bisik Aeryn. “Eh,suka hati sayalah nak berceramah ke tidak. Yang awak ni nak ambil pusing tu buat apa Aeryn sayang?” Geli geleman seluruh anggota badan Aeryn dek perkataan ‘sayang’ yang semakin kerap muncul dibibir Airil.
      “Boleh tak kalau awak tu jangan nak bersayang-sayang sangat dengan saya? Geli tahu tak. Lainlah kalau kita ada ikatan. Kalau ada ikatan tu tidak apa sebab awak ada hak tapi sekarang no way. Kalau nak jugak talk to my hand.” Aeryn menunjukkan tangannya. Airil mengambil tangan Aeryn lalu diciumnya. “Eiuw yucks.” Ucap Aeryn sambil mengelap tangannya pada baju milik Airil. Airil tersenyum puas hati. Dia akan berusaha selama tiga minggu di London. Sengaja untuk menemani Aeryn walhal dia cuma perlu berada seminggu sahaja di sana. Ambil cuti lebih nampak.

**P/S: Maaf untuk entry yang lambat 2 bulan.Lilac sedar tapi nak buat macam mana keadaan tidak mengizinkan.Mula-mula masalah komputer Lilac yang takleh nak on.Then second Novel ni dekat komputer tuh.Tapi Alhamdulillah hari ni Lilac berkesempatan untuk peluluskan entry ini dengan menggunakan komputer Lilac yang dah semakin pulih.InsyaAllah.Esok Lilac ada exam maka mungkin lepas raya baru Lilac habis tulis bab 6 dan 7 dan mungkin 8.

*Lilac tahu Baab 5 ni tak seberapa.Lilac sedar akan hal itu kerana semasa tulis Bab 5 ni Lilac macam buntu tak ada idea dan hampir putus asa.Nasiblah ada Ahmd yang selalu bagi sokongan untuk siapkan bab 5 dan akhirnya inilah hasilnya.Terimakasih juga kepada kawan Lilac Eiqa Zulani (nama penulis yang belum terbitkan buku sama seperti Lilac) sebab memberi semangat dan sokongan.Bab ini mungkin lebih teruk dari sebelumnya tapi apakan daya.
Assalamualaikum.
Love, Lilac Nisse. <3