Pages

BaB 1 : Kata Tak Terungkap

              AERYN sedang leka menonton televisyen ketika telefon rumah berbunyi. Aeryn membiarkan deringan tersebut berpanjangan tanpa ada niat untuk menjawab. Akhirnya ia berhenti tetapi selepas seketika ia berbunyi lagi. “Adui siapalah yang gila call rumah malam-malam buta ni.Tak tahu ke orang tak nak jawab”. Dengan langkah yang lesu dia menuju ke meja kecil berdekatan pintu masuk apartment itu.
     Dengan lemahnya dia memberi salam. “Assalamualaikum,encik ni cari siapa?”
      Suara dihujung talian kederangan melepaskan nafas yang berat sebelum bercakap. “Aeryn this is Khuzairi,Ida ada tak dekat rumah? Tadi saya ada call handphone dia tapi tak ada orang angkat. Dia pergi mana?”
      Eishh sibuk betul la pakcik seorang ni. Orang tengah syok-syok tengok Running Man dekat One HD kacau line betullah,rungut Aeryn.
     “Sorry Encik Khuzairi,Ida tak ada dekat rumah sekarang. Dia ada kerja dekat office dia. I think you better search for her at the office. So, tolonglah telefon lain kali ya. Saya dah penat sekarang, so jangan ganggu ketenteraman saya.” Sebelum Khuzairi sempat menjawab talian sudah diputuskan.
     ‘ Ish ish ish apa lah yang nak jadi dengan si Aeryn tuh. Tiap hari penat,penat.penat aje yang keluar dari mulut dia tiap kali balik dari kerja kan!’ Desis Khuzairi dalam hati.
   
    
   
      IDA tergesa-gesa menurun tangga pejabat untuk sampai ke keretanya. Tiba-tiba terasa sesuatu melanggar bahunya. Dia terus meminta maaf tanpa menoleh wajah pemuda tersebut. Ketika dia hendak mula mengorek langkah,langkahnya terhenti apabila tangannya dipaut erat oleh lelaki itu. Hampir terlopong mulut Ida akan tindakan spontan lelaki itu. Ida cuba menariknya tetapi dengan tenaga perempuannya tangan itu tidak dapat diboloskan oleh genggaman lelaki itu.
      “Ouch..sakit lah..Tolong jangan apa-apakan saya. Saya mohon tolonglah jangan apa-apakan saya. Kalau awak nak duit saya, awak ambillah. Cuma jangan sentuh saya!”rayu Syahidah dengan wajah yang sangat pucat.
       Lelaki itu terus bersuara“Ida kenapa dengan awak ni? Saya Zairilah tunang awak. You tahu tak I dah banyak kali telefon phone you. Kenapa awak tak jawab panggilan saya?”lembut suara lelaki itu menyapa telinganya.
     “Oppss..sorry. Saya ingatkan ada perompak tadi. Maaf  ya awak,saya lupa nak tinggalkan message that handphone saya punya bateri sudah kong. I’m so sorry Zairi sebab banyak sangat kerja dekat pejabat tuh.”
      ‘Khuzairi ni cepatlah alihkan tangan awak tuhh. Seram sejuk saya jadinya tau’..Ngomel Ida dalam hati.
       Lambat-laun Ida bersuara“Urmm...Zairi tolong lepaskan tangan awak boleh? Kan kita orang bukan muhrim tak manis kalau ada orang tengok nanti. Lagipun awak pegang kuat sangat sakit tau.!” Muka Khuzairi sudah memerah. Malu barangkali,dengan serta merta tangan Syahidah dilepaskan lembut.
     ‘Nur Syahidah Muhammad Ali nama secantik rupa. Walaupun alim tetap bergaya bukan macam Sharifah Syaqila Ariana anak Dato’ Syed Razak merangkap kawan baik Syahidah tuh. Nama aje Islam tapi tudungnya entah ke mana. Mungkin di ceruk Afrika kut.Yalah anak orang kaya katakan’..Bicara Khuzairi dalam hati sebelum membuntuti langkah Syahidah menuju ke kereta.
        Sepi memenuhi ruang antara mereka di parking lot pejabat Syahidah. Tiada sesiapa yang ingin membuka mulut untuk mengajak berbicara sepanjang perjalanan menuju ke keretanya. Syahidah pula tidak menunjukkan minat yang dia ingan berborak mahupun bergurau senda dengan Khuzairi kerana sekarang yang terlintas dikepalanya hanyalah katil serta tilam yang empuk.
  “Urhmm...Zairi how should I say this,maybe for today kita tak keluar makan boleh? Saya dah ngantuk sekaran ini dan saya nak balik tidur. Esok saya promise saya akan keluar lunch dengan awak. Boleh ya Zairi?”
“Okay, tapi tomorrow you’ll be having lunch with me dua kali dekat Restoran Tupai-Tupai di Bangi.!”
Okay boss. I will. Don’t worry about me. Bye,Asalamualaikum Zairi!
Waalaikumussalam.”
      Ida terus meutup pintu kereta Honda Accordnya selepas masuk ke dalam. Keretanya meluncur laju membelah Jalan Duta dan akhirnya sampai di apartment yang dikongsi bersama Aeryn sejak mereka berkawan tiga tahun yang lalu. Kini mereka sudah mencecah usia 25 tahun kedua-duanya.
      Ida meletakkan Honda Accordnya di tempat parkir kereta lalu menuju ke lif. Dia menekan punat 12 menunjukkan bahawa rumah mereka berada di tingkat 12.   
      Aeryn baru hendak masuk ke dalam bilik apabila terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. ‘Ini mesti si Ida tuh’...Desisnya. Aeryn melihat jam dinding di ruang tamu. Jarum jam menunjukkan pukul 10 malam. “Awal sampai Ida. You tak keluar ‘dating’ ker?” Ida melabuhkan punggungnya di sofa sambil meleraikan lilitan selendang di kepala.“I am so tired so tak pergi la maknanya sebab saya sudah terpacak dekat rumah”.
      ‘Kesian aku tengok kawan aku yang seorang ni,tunangnya dah dekat tiga bulan,nikahnya bila nak buat pula’..Omel Aeryn..




AERYN tersedar dari tidur apabila terdengar suara azan berkumandang berhampiran dengan kawasan rumahnya. Dia terus bangun lalu menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk seperti biasa dia akan mengambil wuduk dengan tertib sekali seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah.
              Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim.
     Walaupun dia tidak menutup aurat tetapi solatnya tetap dijaga,tidak pernah tertinggal walau sekalipun dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan itu semua dia tahu. Alasannya jika disuruh memakai tudung adalah sentiasa sama.
     Allah belum bukak pintu hati Aeryn lagi untuk pakai tudung bila dah terbuka Aeryn pakailah. 
     Selesai mengerjakan Solat, Aeryn mengemas sedikit pakaiannya dan memasukkan ke dalam bagasi yang terletak di sebelahnya. Tepat pukul 6.30 pagi jam locengnya berbunyi maka dia harus segera bersiap kerana sebentar lagi dia harus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
     Dia hendak pergi ke Paris untuk mencari idea bagi rekaan musim panas yang harus disiapkannya sebelum kertas kerjanya dihantar ke Amerika Syarikat. Rekaannya terkenal di Amerika. Baju yang direka Aeryn mendapat sambutan hangat di Amerika lantas memberinya peluang untuk menggunakan baju rekaan khasnya untuk kegunaan Modelling Agency yang cukup terkenal di Amerika.
    Kebiasaannya dia akan pergi ke Paris, London atau Seoul untuk mencari idea bagi rekaan-rekaannya. Tetapi hari ini dia teringin sangat melawat Paris,negara yang sering dikatakan ‘Negara Romantis’.Dia sudah lama tidak menjejakkan kaki di bumi Paris ini. Dia tidak tahu kenapa begitu ramai mengatakan Paris adalah bumi yang romantic. Bagi Aeryn,Paris antara tempat yang terkenal dengan fesyen semasa.
         Aeryn tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle dengan menaiki Air France dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Setibanya di sana,ada orang yang menjemputnya. Orang itu adalah dari Paris Marriott Hotel Champs-Elysées. Hotel yang selalu dia menginap jika ke Paris. Hampir kesemua staff di hotel itu mengenali Aeryn.
         Penyambut tetamu di situ menyambut kehadiran Aeryn dengan senyuman yang cukup manis. “Bonjour,Miss Aeryn. What have brought you here again?” Maria seorang penyambut tetamu di situ berkata dalam Bahasa Inggeris dengan accent France dia.
   Aeryn sungguh rapat dengan gadis itu sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di Bumi Paris ini. Aeryn menyahut pertanyaan Maria dengan senyuman yang manisnya tidak terkata “Bonjour Maria. Like usual I came here to Paris for more ideas.” Maria mengangguk-anggukkan kepalanya tandanya dia faham dengan niat Aeryn. Aeryn menarik bagasi miliknya dan pergi menuju ke kaunter untuk check-in di hotel.
    “Bonjour,I’m Sharifah Syaqila Ariana and I’ve booked a deluxe double room over the internet. Can I check-in now?” Tanya Aeryn dengan sopan sekali.
    “Oh,Bonjour Miss Aeryn. Please wait a moment. I want to re-checked the rooms again.” Aeryn mengangguk lantas dia mengeluarkan Blackberry Torch miliknya. Dia mencari-cari nama di dalam contactsnya. Dia terus menekan skrin tersebut selepas menjumpai nama yang dicarinya sedari tadi.
     Aeryn terus menekan punat hijau dan mendail nombor tersebut. Tutt tutt.... Panggilan disebelah sana telah dijawab. “Mummy! Aeryn dah sampai dekat hotel dah. Cuma nak tunggu untuk check-in saja. Mummy buat apa? Daddy mana?” Bertubi-tubi soalan itu dikeluarkan dari bibir comel miliknya.
      “Aeryn sayang,cuba bawak bersabar sikit. Aeryn tak bagi salam pun dekat mummy terus nak tanya macam-macam.”
     “Maaf mummy. Assalamualaikum. Mummy tengah buat apa?”
     “Waalaikumussalam sayang. Mummy tengah tanam padi!” Sporting habis jawapan Datin Nur Sofea.
   “Mummy ni. Aeryn tanya betul-betul mummy main-main pulak.Tak nak kawan mummy.”Aeryn memuncungkan bibirnya sedepa.Kalau Datin Sharifah Nur Sofea nampak mesti gelak sakan jadinya.
Alalala sayang. Anak mummy tak cantiklah kalau merajuk. Mummy tengah masak makanan tengah hari untuk daddy. Mummy saja nak tolong Bibik Ely masak asam pedas.”
   “Asam pedas? Sedapnya Aeryn nak sikit boleh? Mummy tolong export asam pedas tuh and hantar dekat sini boleh? Lama Aeryn tak makan masakan mummy. Rindunya nak makan masakan dari air tangan mummy.”
  “Apalah Aeryn. Buat malu aje kalau nak suruh mummy export asam pedas hantar dekat Paris tuh. Mahu taknya orang Paris gelakkan anak mummy ni. Daddy nak cakap dengan Aeryn kejap.”
   “Assalamualaikum Aeryn! Aeryn dah sampai dekat hotel ke?”
Waalaikumussalam daddy. A’ah Aeryn dah selamat sampai dekat hotel. Cuma tunggu nak check-in. Daddy nak apa-apa tak barang dari Paris? Alang-alang sudah sampai nak jugak Aeryn belikan souvenirs untuk daddy,mummy dengan Ida dan tidak ketinggalan abangku tersayang.”Sengih Aeryn.
   “Boleh jugak. Kamu belikan daddy T-shirt dari sana ya!Daddy nak warna putih boleh? Mummy kamu cakap dia nak handbag Bonia dan Abang A’eim cakap dia nak cap.”
“Okay daddy nanti Aeryn belikan. Bye daddy I have to go now,orang tuh dah panggil. I’ll talk to you later. Bye,love you daddy!”
  “Love you too. Nanti apa-apa hal Aeryn call aje daddy. Bye sayang. Mummy cakap bye.”
     Selepas Dato’ Syed Razak habis berkata Aeryn memutuskan talian terlebih dahulu.
     Aeryn mengambil card key dari perempuan France itu tadi. Dia membawa diri ke tingkat 5 hotel tersebut dan memasuki biliknya. Walaupun penat berjalan di udara selama berjam-jam, Aeryn tetap ingin mengemas pakaiannya dan dimasukkan ke dalam almari. Dia mengambil tuala serta pakaian hariannya termasuklah ‘adik’ dan ‘kakak’ dia sekali dan terus masuk ke dalam bilik air.
    Kedengaran pili air dibuka dan bunyi air yang turun mencurah dari shower.Aeryn menyanyi kecil sambil membersihkan dirinya.
                         Baby you are so one in a million
               You are baby are the best I ever had
                     And I’m certain that there ain’t nothing better
              No there ain’t nothing better than this.
   Aeryn menyanyikan serangkap lagu yang dipetik dari lagu One In A Million by Ne-Yo.
     Selepas mandi dan siap berpakaian,Aeryn segera menunaikan solat jama’ qasar antara Zohor dan Asar. Dia berkira-kira untuk makan di dalam bilik atau di luar. Lima minit kemudian,Aeryn mencapai beg tangannya serta satu beg bersaiz sederhana besar bewarna hitam dan juga beg sandang laptop kesayangannya. Di dalam beg itu mempunyai 1001 rahsia mengenai dunia fesyen yang hanya dia seorang sahaja faham.
    Setelah makan,dia berjalan-jalan melihat keindahan ciptaan Allah disekelilingnya. Walaupun sudah beberapa kali ke Paris,dia tetap berasa kagum apabila melihat alam di kiri dan kanannya. Aeryn mengangkat tangan tanda menyuruh sebuah teksi berhenti.
  Dia masuk ke dalam perut kereta.”Please send me to The Arch of Triumph.Thank you.” Aeryn berkata dengan sopan. Pemandu teksi itu mengangguk sambil membawa teksinya menuju ke destinasi.
     Dia termenung keluar tingkap kereta dan melihat deretan  kedai yang indah dipandang dek mata. Tiba-tiba kenangan silam menghantui kotak fikirannya. Terasa kejadian yang berlaku 8 tahun lepas seperti baru semalam terjadi. Matanya sudah berkaca-kaca.
  Kotak fikirannya mengajaknya kembali ke masa silam yang sungguh perit itu.
“Wei Aeryn! Kenapa dengan awak ni? Saya tengok muka awak macam mayat hidup aje. Kenapa?”soal Airil merangkap kawan baiknya dari darjah satu lagi. Lelaki yang sentiasa berada di sisinya kala dia sedih mahupun gembira. Itulah gerangan lelaki yang bernama Tengku Muhammad Ashraf Khairil Bin Tengku Sulaiman.
Aeryn mengelap air mata yang masih bersisa. Dia membuat-buat muka ceria seolah tiada apa yang berlaku.
 “Saya fine ajelah. Tak payah awak nak risaukan saya lebih-lebih sampai tak boleh tidur nanti.” Gurau Aeryn cuba menutup rasa sedih dan pilu yang bertambat dihati.
   “Awak jangan nak tipu sayalah Aeryn. Awak ingat saya baru kenal awak semalam ke sampai saya tak tahu yang awak tengah menangis sekarang ni.”
  Aeryn tersentak. ‘Macam mana Airil boleh tahu pulak yang aku tengah menangis ni?’ Hati Aeryn berbisik.
“Yalah saya menyerah kalah. Memang pun saya menangis. Awak nak tahu kenapa saya menangis? Baik awak pergi tanya si Haikal tu apa yang dia sudah buat dekat saya sampai menangis macam ni.” Kata Aeryn tenang menjawab pertanyaan itu sambil memalingkan muka kerana dia tidak mahu melihat muka Airil.
     Airil berasa serba salah kerana bertanyakan soalan yang mengejut macam itu. Dia tahu memang Aeryn pernah bercinta denga Haikal tetapi apa yang dia telah buat ke atas sahabat baik aku ini? Airil tertanya-tanya sendirian..
Airil menuju ke kelas beriringan dengan Aeryn. Aeryn dan Airil merupakan pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Desa. Aeryn merupakan pelajar dari Kelas 5 Sejati iaitu kelas yang pertama 5SC1.(Kelas aliran sains).
     Manakala Airil dan Haikal pula pelajar Tingkatan Lima Setia. Kelas aliran sains yang kedua.5SC2.
  Selepas memasuki kelas dia terus menapak ke meja Haikal.
“Wei pakcik! Apa yang kau dah buat dekat kawan baik aku ha?” Tanya Airil tidak puas hati.
   “Kau tak tahu cerita lagi ke? Aku dah breakup dengan Aeryn sebab aku dah syok dekat Farhana.” Haikal menjawab sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat kearah meja di baris kedua yang terletak di hadapan.Itu meja Farhana dan Farhana juga di situ.
   Airil merengus kasar lalu menghentakkan tangannya di meja. Damn you Haikal..gerutu Airil dalam hati. Hatinya makin panas mengenangkan nasib si Aeryn. Kesian dekat Aeryn.. Dia mengeluh.
  Airil mendekati Haikal lalu dia mencengkam kolar baju sekolah milik Haikal. Airil memberikan sebiji penumbuk tepat dimuka Haikal. Baru kau tahu yang kau tengah bermain dengan api sekarang ni. Dan kaulah orang yang terbakar..Airil mengata dalam hati.
   Farhana yang melihat akan aksi ini terus datang untuk menyelamatkan Haikal. Haikal mengesat cecair merah yang mengalir dari mulutnya.
“Hoi perempuan! Berani budak baru macam kau ni datang sekolah dekat sini nak main cinta dengan Haikal pulak . Kau tahu tak sebab kaulah kawan baik aku merana. Sebab kaulah dia menderita tetapi dia pendam sendirian. Apa yang kau suka sangat dengan Mr. Playboy ni? Cuba kau cakap!”
    Airil sudah mengamuk. Dia juga siap menunjal-nunjal kepala Haikal yang berada sama paras dengan pinggangnya. Mana tidaknya Haikal tersungkur akibat ditumbuk oleh Airil.
 “Tengku Muhammad Asyraf Khairil,stop it! I say enough.” Tegas arahan itu keluar dari mulut Aeryn.
  “Awak tak tahu apa-apa Khairil. Haikal tinggalkan Ariana sebab dia kata dia sayangkan saya sangat-sangat. Saya tak kisahlah awak nak kata dia playboy or anything as long as you didn’t take him away from me.” Sayu kedengaran suara Farhana memberi alasan kepada Airil.
“Yang lepas biarkan lepas. Saya tak kisah pun Haikal dengan Farhana. Awak dah tak payah susah-susah nak kerjakan si Haikal tu. Airil, I think we better don’t disturb the lovely couple yang tengah bercinta.
    Sorry Haikal sebab Airil tumbuk muka awak. Farhana baik awak pergi ambil first aid untuk Haikal.” Aeryn menapak keluar dari kelas mereka. Dia terus masuk ke dalam kelas.
    Sepanjang waktu pembelajaran Aeryn senyap tidak macam selalu. Biasanya dialah orang yang akan bertanyakan banyak soalan kepada guru-guru matapelajaran yang mengajar di kelasnya.
  Loceng waktu tamat sesi persekolahan sudah berbunyi. Aeryn berjalan menuju ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Dia duduk di situ untuk menunggu Pak Karim driver Dato’ Syed Razak.
   Airil datang membawa dua plastik berisi ABC di dalamnya. Dia terus duduk bersebelahan denga Aeryn. “Your favourite dessert in the world is here. Take it Aeryn dan awak janganlah sedih sangat.” Pujuk Airil.
 Aeryn sudah tersenyum lalu mengambil sebungkus plastik dari tangan Airil. Dia memulakan operasi meminumnya. “Thanks.” Ucap Aeryn sepatah.


**P/S: Harap awak semua suka bab 1 novel Kata Tak Terungkap ni.Bab 1 ni saya buat awal tahun 2012 tapi masa itu saya masih fresh dalam dunia penulisan.Kalau ada silap dan salah awak semua boleh tolong betulkan dekat comment box bawah ni.Harap awak semua suka.Minta maaf sekali lagi sebab entry ni tak berapa menarik. =)

*Saya taktahu apa masalah blog ni.Bila copy paste bab yang saya dah buat dari microsoft word,paste dekat benda alah ni dia jadi macam ni.*
Assalamualaikum.
Love, Lilac Nisse. <3


2 comments: