Pages

Cinta Dari Ilahi



    PINTU bilik aku renung dengan pandangan kosong. Hatiku tengah resah memikirkan hari esok. Betulkah keputusan yang aku buat? Tidakkah aku membuatkan orang lain juga kecewa? Arghh semuanya merismaskan. Rambutku ku ramas sehingga kusut. Otakku kusut. Pening. Aku baring di atas katil lantas menangis. Aku baru sedar.

     Keputusan yang aku buat adalah salah tapi bolehkah aku berpatah balik? Aku tak mahu kecewakan hati ibu dan ayah. Tapi hati Afril juga penting. Ya, Afril atau nama sebenarnya Megat Zafril Megat Asyraf. Dialah buah hati pengarang jantungku. Selepas berita yang aku kabarkan kepadanya dua hari lepas sampai sekarang dia tidak mesej atau telefon aku. Lagilah aku rasa bersalah.

     Air mata yang mengalir ku seka tetapi ia masih laju menuruni pipiku. Aku menyembamkan muka ke bantal. Aku menangis sekuat yang boleh biar hatiku lega dengan cara ini.

*****

     SUASANA di dalam masjid sunyi ketika itu. Semua mata memandangku dan tersenyum. Ya benar aku memang cantik hari ini. Pakaian pengantinku juga boleh membuatkan orang terpukau. Lelaki yang berada dihadapan tok kadi itu nanti akan sah bergelar suami kepadaku dalam masa beberapa minit lagi. Tok kadi sedang memberi tazkirah kepada bakal suamiku serba-serbi tentang kehidupan berumah tangga. Kakakku disebelah hanya tersenyum memandangku. Dia tahu aku tengah bersedih tapi apakan daya masa tidak boleh diputarkan kembali.

      “Aku nikahkan dikau Muhammad Syafiq Bin Muhammad Jamil dengan Sarah Farhana Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Tangan Syafiq digoncangkan.

    “Aku terima nikahnya Sarah Farhana Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Suara garau itu menyapa telingaku dan ketika itulah empangan air mataku pecah. ‘Selamat tinggal awak. Saya sudah bergelar isteri orang. Saya harap awak bahagia disamping orang tersayang.’ Doa ku titipkan buat Afril. Syafiq menapak ke arahku. Dia tersenyum lalu berkata. “Awak jom solat sunat selepas nikah dulu. Awak ada wuduk kan?” Aku angguk. Air mata ku seka dan senyum memandangnya.
  
    Usai solat sunat,upacara membatalkan air sembahyang pula. Dia menghadiahkanku sebentuk cincin disaluti emas putih dengan satu permata terletak elok ditengahnya.

*****

Tiga tahun kemudian,
     
      “Sayang, tolong abang sekejap boleh.” Suamiku memanggilku dan aku bergerak pantas menuju ke arah ruang tamu. “Ada apa awak?” Soalku sambil mengelap tangan di atas apron yang tersangkut dibadanku. “Mehlah sini.” Dia menepuk kusyen di sebelahnya. Aku terus duduk di sebelahnya dengan penuh tanda tanya. “ Selamat ulang tahun perkahwinan kali ketiga kita sayang.” Kotak biru tua dikeluarkan dari laci bawah meja. Dia menghulurkan kotak itu kepadaku. Aku sambut lalu membukanya. “Awak…” Air mata ditubir mata seakan hendak pecah. Dia mengesat mataku. “Abang tahu sayang masih tidak boleh mencintai abang tapi abang mahu sayang tahu bahawa sayanglah cinta pertama abang dan akan jadi cinta terakhir abang selamanya.” Ucap suamiku lembut. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Dia mencapai pinggangku dan merangkulku erat.

      “Shhhh…usah menangis lagi sayang. Abang berada di sini dekat dengan sayang. Abang akan berusaha untuk menjadi suami yang baik. Selagi sayang berada di sisi abang, abang tak mahu melihat sayang menangis kerana abang lagi.” Bisik Syafiq ditelingaku.

    “Saya minta maaf awak. Saya tahu saya bersalah tapi saya tengah berusaha untuk mencintai awak kembali. Awak tunggu saya. Saya akan mencintai awak suatu hari nanti. Janji.” Ucapku teresak-esak dibahu suamiku.

    “Abang sanggup tunggu walaupun untuk seribu tahun lamanya. InsyaAllah sayang. InsyaAllah.”

*****

    Mulai dari detik itulah aku mula mengenal erti cinta sejati dan cinta sejatiku kini adalah suamiku sendiri. Sudah hampir empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Baru sekarang aku sedar dialah yang terbaik buatku. Jodoh untukku dari Allah dan jodohku bukannya Afril lagi. Berita terbaharu daripada Afril juga membuatkan ku tersenyum. Dia sudah menimang cahaya matanya yang pertama seminggu yang lalu.

    Kini aku mula menyayangi suamiku sepenuhnya. Aku tidak lagi ragu dengan keputusan yang ku buat empat tahun yang lalu. Dia membimbingku dengan baik. Dialah ketua keluarga dialah imam dialah ustaz dialah ayah. Ya, ayah. Aku sudah mempunyai dua anak kembar. Merekalah permataku kini. Marissa Balqish dan juga Muhammad Syahmin.

    Aku terasa bagaikan ada percikan air dimukaku. Aku memandang ke hadapan. Balqish tersenyum. Giginya yang baru ada empat batang membuatkannya kelihatan comel sekali. Aku memeluknya erat. “Balqish nakal ae. Ibu babap nanti baru tahu. Mana abang awak?” Ujarku sambil mencubit pipi gebunya. “Abang Amin ekat ana. Ayah pun ekat ana. Ayah panggil ibu.” Ujar Balqish pelat. Alahai comelnya anakku yang sorang ni. Dia sudah pandai bertatih.

    Aku menggenggam tangannya dan ku pimpin Balqish ke arah suamiku dan juga Syahmin. “Ibu….” Jerit Syahmin dan suamiku girang. Air laut disimbah ke arahku. ‘Habis basah baju ni.’ Omelku. Balqish ku angkat. Syahmin pula diangkat oleh suamiku. “ Ibu ayah nak lumba ae. Capa menang Amin bagi coklat.” Syahmin juga pelat. Dia mengeluarkan coklat dari poket bajunya. “Amin simpanlah coklat tu. Kalau dah habis bagitahu ayah tau. Nanti ayah beli sekotak coklat untuk Amin.” Syahmin dan Balqish menjerit girang. “Sayang kita lumba ae. Satu…dua…lari..”  Aku berlari sekuat hati sambil membawa Balqish dalam pelukanku manakala Syahmin berada di dalam dakapan suamiku. Akhirnya…
   
   “Sayang menang. Abang kalah. Kena denda.” Ujarku termengah-mengah. Kepenantan. “Tak adillah kalau macam ni. Apa dendanya.” Mucungnya ditarik sedepa. Aku gelak Balqis dan Syahmin juga gelak. “Duck. Ibu ada duck.” Ujar mereka berdua. Kami berempat saling berpandangan. Terletus juga ketawa kami akhirnya. “Dendanya sini.” Aku menunjuk pipi kananku. Satu. Dua. Tiga. Cupp. Satu ciuman singgah dipipi kananku. Aku tunduk malu dengan pandangan pelik anak-anakku. Mereka tidak tahu lagi berapa tingginya kasih sayang yang suamiku curahkan kepadaku dan juga mereka. “Pipi ibu merahlah. Ayah kiss ibu ae.” Ujar Balqish dengan lagak jari telunjuknya. “Haiyooo ayah tak tahu ibu dah bluching bluching dah.” Syahmin menyambung ayat adiknya.
   
   Kami mencium pipi gebu mereka berdua dan tergolek di atas pantai. Matahari yang bakal menutup tirai berada dihujung laut. Rona jingga bercampur kuning dan merah kelihatan begitu indah.

  ‘Terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan aku seorang suami yang menyayangi aku sepenuh hati dan kau juga telah hadiahkan aku sepasang kembar untuk melengkapkan hidupku dan suamiku. Aku berharap kau kekalkanlah cinta kami hingga keakhir hayat kami. Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah aku tetap akan tersenyum. Terima kasih ya Allah.’

~TERIMA KASIH~

Ku titipkan doa buat yang tersayang. Supaya nanti awak bahagia. Jika awak jodoh untuk saya awak tidak akan couple dengan saya sebaliknya meminta izin dengan ibu bapa saya untuk menikahi saya.
 Coretan seorang perempuan yang mencari yang terbaik buatnya.
-Coretan yang direka sendiri-



0 Suka Baca Novel Ni:

Post a Comment