PINTU bilik aku renung dengan pandangan kosong. Hatiku
tengah resah memikirkan hari esok. Betulkah keputusan yang aku buat? Tidakkah
aku membuatkan orang lain juga kecewa? Arghh
semuanya merismaskan. Rambutku ku ramas sehingga kusut. Otakku kusut. Pening.
Aku baring di atas katil lantas menangis. Aku baru sedar.
Keputusan yang aku buat adalah salah tapi
bolehkah aku berpatah balik? Aku tak mahu kecewakan hati ibu dan ayah. Tapi
hati Afril juga penting. Ya, Afril atau nama sebenarnya Megat Zafril Megat
Asyraf. Dialah buah hati pengarang jantungku. Selepas berita yang aku kabarkan
kepadanya dua hari lepas sampai sekarang dia tidak mesej atau telefon aku.
Lagilah aku rasa bersalah.
Air mata yang mengalir ku seka tetapi ia
masih laju menuruni pipiku. Aku menyembamkan muka ke bantal. Aku menangis
sekuat yang boleh biar hatiku lega dengan cara ini.
*****
SUASANA
di dalam masjid sunyi ketika itu. Semua mata memandangku dan tersenyum. Ya
benar aku memang cantik hari ini. Pakaian pengantinku juga boleh membuatkan
orang terpukau. Lelaki yang berada dihadapan tok kadi itu nanti akan sah
bergelar suami kepadaku dalam masa beberapa minit lagi. Tok kadi sedang memberi
tazkirah kepada bakal suamiku serba-serbi tentang kehidupan berumah tangga.
Kakakku disebelah hanya tersenyum memandangku. Dia tahu aku tengah bersedih
tapi apakan daya masa tidak boleh diputarkan kembali.
“Aku nikahkan dikau Muhammad Syafiq Bin
Muhammad Jamil dengan Sarah Farhana Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100
ringgit tunai.” Tangan Syafiq digoncangkan.
“Aku terima nikahnya Sarah Farhana Binti
Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Suara garau itu menyapa
telingaku dan ketika itulah empangan air mataku pecah. ‘Selamat tinggal awak. Saya
sudah bergelar isteri orang. Saya harap awak bahagia disamping orang
tersayang.’ Doa ku titipkan buat Afril. Syafiq menapak ke arahku. Dia tersenyum
lalu berkata. “Awak jom solat sunat selepas nikah dulu. Awak ada wuduk kan?”
Aku angguk. Air mata ku seka dan senyum memandangnya.
Usai solat sunat,upacara membatalkan air
sembahyang pula. Dia menghadiahkanku sebentuk cincin disaluti emas putih dengan
satu permata terletak elok ditengahnya.
*****
Tiga tahun kemudian,
“Sayang,
tolong abang sekejap boleh.” Suamiku memanggilku dan aku bergerak pantas menuju
ke arah ruang tamu. “Ada apa awak?” Soalku sambil mengelap tangan di atas apron
yang tersangkut dibadanku. “Mehlah sini.” Dia menepuk kusyen di sebelahnya. Aku
terus duduk di sebelahnya dengan penuh tanda tanya. “ Selamat ulang tahun
perkahwinan kali ketiga kita sayang.” Kotak biru tua dikeluarkan dari laci
bawah meja. Dia menghulurkan kotak itu kepadaku. Aku sambut lalu membukanya.
“Awak…” Air mata ditubir mata seakan hendak pecah. Dia mengesat mataku. “Abang
tahu sayang masih tidak boleh mencintai abang tapi abang mahu sayang tahu
bahawa sayanglah cinta pertama abang dan akan jadi cinta terakhir abang
selamanya.” Ucap suamiku lembut. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Dia
mencapai pinggangku dan merangkulku erat.
“Shhhh…usah
menangis lagi sayang. Abang berada di sini dekat dengan sayang. Abang akan
berusaha untuk menjadi suami yang baik. Selagi sayang berada di sisi abang,
abang tak mahu melihat sayang menangis kerana abang lagi.” Bisik Syafiq
ditelingaku.
“Saya minta
maaf awak. Saya tahu saya bersalah tapi saya tengah berusaha untuk mencintai
awak kembali. Awak tunggu saya. Saya akan mencintai awak suatu hari nanti.
Janji.” Ucapku teresak-esak dibahu suamiku.
“Abang
sanggup tunggu walaupun untuk seribu tahun lamanya. InsyaAllah sayang.
InsyaAllah.”
*****
Mulai dari
detik itulah aku mula mengenal erti cinta sejati dan cinta sejatiku kini adalah
suamiku sendiri. Sudah hampir empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Baru
sekarang aku sedar dialah yang terbaik buatku. Jodoh untukku dari Allah dan
jodohku bukannya Afril lagi. Berita terbaharu daripada Afril juga membuatkan ku
tersenyum. Dia sudah menimang cahaya matanya yang pertama seminggu yang lalu.
Kini aku
mula menyayangi suamiku sepenuhnya. Aku tidak lagi ragu dengan keputusan yang
ku buat empat tahun yang lalu. Dia membimbingku dengan baik. Dialah ketua
keluarga dialah imam dialah ustaz dialah ayah. Ya, ayah. Aku sudah mempunyai
dua anak kembar. Merekalah permataku kini. Marissa Balqish dan juga Muhammad
Syahmin.
Aku terasa
bagaikan ada percikan air dimukaku. Aku memandang ke hadapan. Balqish
tersenyum. Giginya yang baru ada empat batang membuatkannya kelihatan comel
sekali. Aku memeluknya erat. “Balqish nakal ae. Ibu babap nanti baru tahu. Mana abang awak?” Ujarku sambil mencubit
pipi gebunya. “Abang Amin ekat ana. Ayah pun ekat ana. Ayah panggil ibu.” Ujar
Balqish pelat. Alahai comelnya anakku yang sorang ni. Dia sudah pandai
bertatih.
Aku
menggenggam tangannya dan ku pimpin Balqish ke arah suamiku dan juga Syahmin.
“Ibu….” Jerit Syahmin dan suamiku girang. Air laut disimbah ke arahku. ‘Habis
basah baju ni.’ Omelku. Balqish ku angkat. Syahmin pula diangkat oleh suamiku.
“ Ibu ayah nak lumba ae. Capa menang
Amin bagi coklat.” Syahmin juga pelat. Dia mengeluarkan coklat dari poket
bajunya. “Amin simpanlah coklat tu. Kalau dah habis bagitahu ayah tau. Nanti
ayah beli sekotak coklat untuk Amin.” Syahmin dan Balqish menjerit girang.
“Sayang kita lumba ae.
Satu…dua…lari..” Aku berlari sekuat hati
sambil membawa Balqish dalam pelukanku manakala Syahmin berada di dalam dakapan
suamiku. Akhirnya…
“Sayang
menang. Abang kalah. Kena denda.” Ujarku termengah-mengah. Kepenantan. “Tak adillah
kalau macam ni. Apa dendanya.” Mucungnya ditarik sedepa. Aku gelak Balqis dan
Syahmin juga gelak. “Duck. Ibu ada duck.” Ujar mereka berdua. Kami berempat
saling berpandangan. Terletus juga ketawa kami akhirnya. “Dendanya sini.” Aku
menunjuk pipi kananku. Satu. Dua. Tiga.
Cupp. Satu ciuman singgah dipipi kananku. Aku tunduk malu dengan pandangan
pelik anak-anakku. Mereka tidak tahu lagi berapa tingginya kasih sayang yang
suamiku curahkan kepadaku dan juga mereka. “Pipi ibu merahlah. Ayah kiss ibu ae.” Ujar Balqish dengan lagak jari telunjuknya. “Haiyooo ayah tak
tahu ibu dah bluching bluching dah.”
Syahmin menyambung ayat adiknya.
Kami
mencium pipi gebu mereka berdua dan tergolek di atas pantai. Matahari yang
bakal menutup tirai berada dihujung laut. Rona jingga bercampur kuning dan
merah kelihatan begitu indah.
‘Terima kasih
ya Allah kerana kau kurniakan aku seorang suami yang menyayangi aku sepenuh
hati dan kau juga telah hadiahkan aku sepasang kembar untuk melengkapkan
hidupku dan suamiku. Aku berharap kau kekalkanlah cinta kami hingga keakhir
hayat kami. Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah aku tetap akan
tersenyum. Terima kasih ya Allah.’
~TERIMA KASIH~
Ku titipkan doa buat yang tersayang. Supaya nanti awak bahagia. Jika awak jodoh untuk saya awak tidak akan couple dengan saya sebaliknya meminta izin dengan ibu bapa saya untuk menikahi saya.Coretan seorang perempuan yang mencari yang terbaik buatnya.
-Coretan yang direka sendiri-
0 Suka Baca Novel Ni:
Post a Comment